Home / Semasa / Apa Yang Perlu Diamalkan Dan Dielakkan | Article Update

Apa Yang Perlu Diamalkan Dan Dielakkan | Article Update

Ketika mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan, mungkin ada di antara kita yg diuji dengan penyakit gastrik.

Tapi ada juga sesetengah golongan tu, tak gastrik pun dikatakan gastrik hanya semata-mata sebab nak ponteng & tak nak berpuasa.

Bagi mereka yg betul-betul ada penyakit gastrik, tetapi masih ingin cuba utk mengerjakan Rukun Islam ketiga tersebut, mungkin tip-tip berikut dapat membantu.

Dikongsikan melalui Facebook oleh seorang pakar perubatan kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau Dr Zek, berikut merupakan beberapa perkara yg perlu diamalkan & dielakkan oleh pesakit gastrik yg ingin berpuasa di bulan Ramadan.

Hantaran bermanfaat dari Dr Zek ini telah dimuat naik sekitar 4 tahun yg lalu & hingga kini telah di’Share’ lebih seribu kali!

Gastrik

Sakit Gastrik di Bulan Ramadan

Ramai pesakit datang ke Jabatan Kecemasan mengadu sakit bahagian hulu hati (epigastric) di bulan Ramadan. Rasa pedih, panas, sekok, bersendawa, loya & muntah, & ada kadang-kadang rasa panas naik ke bahagian tengah dada (heartburn).

Setelah diperiksa dengan teliti didapati pesakit ini mengalami dyspepsia. Dyspepsia adalah pencernaan terjejas. Biasa juga orang-orang kita panggil sakit gastrik. Ada beberapa sebab kena dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

Sering berlaku di bulan puasa sebab asid dirembeskan dalam keadaan perut kosong. Maka saya ingin beri sedikit tip-tip perlu diamalkan & dielakkan. Antaranya adalah:

Elakan makanan yg berasid contohnya makanan masam (limau, oren, tomato & lain-lain), makanan diproses (tin) & pedas.
Elakan minuman bergas & berkafein (kopi, teh & lain-lain).
Elakan berbuka terlalu banyak.
Elakan tidur selepas berbuka atau bersahur.
Elakan makanan berminyak (bergoreng).
Elakan dari merokok.
Elakan dari stress.
Amalkan berbuka dengan jumlah yg sederhana & percepatkan berbuka.
Amalkan minum air kosong dengan jumlah mencukupi.
Amalkan makan makanan kaya karbohidrat & diet yg seimbang.
Lewatkan bersahur.
Jika sakit gastrik, perlu pemeriksaan doktor & dapatkan rawatan. Jangan lupa makan ubat.

Semoga bermanfaat utk semua.

Dr Zek

Sumber: Facebook Ahmad Zakimi Abdullah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.