Home / Semasa / Empat maut, dua parah dalam nahas di Kuala Nerus | Article Update

Empat maut, dua parah dalam nahas di Kuala Nerus | Article Update

Kuala Nerus: Empat maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, jam 6.22 petang tadi.

Mangsa yg disahkan maut adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd Shahlan, 37, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah van, dua kereta iaitu Proton Wira & Proton Persona serta sebuah bas ekspress.

Menurutnya, mangsa yg maut adalah penumpang & pemandu sebuah van yg dipercayai pekerja sebuah syarikat kimpalan berdasarkan tong gas yg terdapat dalam kenderaan terbabit.

Katanya, dua mangsa yg parah dalam insiden itu adalah pemandu & penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, & Nursilawati Said @ Nawang, 42.

“13 penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres & pemandu Proton Persona, Chew Cheong Keng, 55, tdk mengalami sebarang kecederaan.

“Sebaik menerima panggilan, seramai 18 anggota termasuk tujuh dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejsdian.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila van jenis Daihatsu yg dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan sebelum melanggar Proton Persona yg datang dari arah bertentangan.

“Van terbabit kemudian melanggar bas ekspres yg dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu menyebabkan kenderaan terbabit remuk,” katanya.

Katanya, Proton Wira dinaiki Muhammad Fazil & Nursilawati yg berada di belakang van terbabit kemudian melanggar Proton Persona yg berpusing selepas dirempuh van berkenaan.

Tambahnya, pihaknya mengambil masa hampir satu jam utk mengeluarkan semua mangsa yg tersepit dalam van berkenaan dengan mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.14 malam.

Semua mangsa yg maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) utk bedah siasat manakala mangsa yg cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.