Home / Terkini / Jabatan Agama Islam Perak pantau aktiviti geng ‘plastik hitam’

Jabatan Agama Islam Perak pantau aktiviti geng ‘plastik hitam’

IPOH: Setiap kali Ramadan tiba, isu yang kerap dibincangkan ialah perbuatan individu ponteng puasa yang dikenali sebagai geng plastik hitam.
Geng plastik hitam ini merujuk kepada mereka yang ponteng puasa dan membeli makanan yang kemudiannya dibungkus dalam plastik hitam bagi mengaburi mata orang lain.
Di Ipoh, antara lokasi yang menjadi tumpuan geng plastik hitam ini ialah restoran mamak yang lazimnya buka sejak dari pagi.

Tinjauan di sekitar Ipoh pada hari pertama Ramadan tahun ini mendapati suasana agak berbeza, berbanding tahun-tahun lalu kerana banyak restoran mamak yang menjadi tumpuan, tutup pada hari pertama puasa.

Difahamkan, kebanyakan restoran berkenaan hanya akan dibuka semula pada hari kedua.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa restoran yang dibuka pada Ahad mendapati, masih terdapat segelintir lelaki yang dipercayai umat Islam yang membeli makanan yang dibungkus di dalam plastik hitam.
Bagaimanapun, bilangan mereka tidak ramai seperti yang pernah dilihat sebelum ini.
Sebaliknya, tinjauan mendapati, restoran-restoran mamak ini didominasi oleh penghantar makanan dari pelbagai syarikat.
Ini menimbulkan persoalan, apakah geng plastik hitam semakin kurang sebaliknya peranan mereka diambil alih penghantar makanan atau rider.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya sentiasa memantau isu ini, yang telah berlarutan sejak dari dulu lagi.
Beliau menasihatkan pengusaha restoran, khususnya yang beragama Islam supaya jangan bersubahat dengan geng plastik hitam untuk mencari keberkatan rezeki dalam bulan Ramadan.

About admin2

Check Also

Ekonomi J4tuh Teruk, Menteri Kewangan Pakist4n Letak Jawatan

Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail mengumumkan peleta.kan jawatan pada Ahad disebabkan negara itu menghadapi krisis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.