Home / Semasa / menjelaskan Kesan Persaingan apabila Bergabung Nanti oleh SKMM

menjelaskan Kesan Persaingan apabila Bergabung Nanti oleh SKMM

Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi Tel) telah diminta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menjelaskan kesan terhadap persaingan di dalam industri apabila penggabungan antara kedua-duanya dimuktamadkan nanti.

 

Kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan diminta untuk memberikan maklumbalas cadangan pemulihan yang boleh diguna pakai. SKMM meminta Celcom dan Digi memberikan ulasan, maklumat dan kaedah penyelesaian terhadap penilaian yang telah dilakukan berdasarkan Statement of Issues (SOI) yang dikeluarkan oleh agensi terbabit.

 

Menerusi SOI berkenaan, Celcom dan Digi Pasaran perlu mengambil kira pasaran runcit nasional untuk perkhidmatan data dan jalur lebar talian tetap berkelajuan rendah dan mudah-alih, termasuk pasaran saluran pengedaran tempatan yang berkaitan.

 

Kenyataan SOI yang dikeluarkan ini merupakan sebahagian dari proses penilaian penggabungan di bawah garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Dalam pada masa yang sama, Celcom dan Digi menyatakan komitmennya untuk memberikan kerjasama dengan SKMM berdasarkan penilaian yang telah dilakukan sebelum keputusan mengenai penggabungan tersebut dimuktamadkan.

 

Kredit : Harian Teknologi

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.