Home / Semasa / Rekod Kehadiran Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Didedahkan, Agak-Agak Siapa Yang Selalu Tak Hadir? | Article Update

Rekod Kehadiran Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Didedahkan, Agak-Agak Siapa Yang Selalu Tak Hadir? | Article Update

Baru-baru ini, portal Malaysiakini telah mengeluarkan analisis ke atas rekod kedatangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Persidangan Dewan Rakyat tersebut adalah bagi tempoh 71 hari persidangan iaitu bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 24 Mac 2022 yg lalu & dibuat berdasarkan data yg dibekalkan oleh MyMP.org.my.

Tidak didedahkan pula faktor yg menyebabkan mengapa berlaku ketidakhadiran Ahli Parlimen semasa persidangan ini sama ada disebabkan oleh urusan rasmi atau peribadi, turun melawat kawasan, cuti sakit (MC), bercuti ke luar negara atau saja-saja ponteng.

Diibaratkan seperti budak sekolah bermasalah yg sering ponteng sekolah, hal ini sudah tentu menyebabkan sedikit kegusaran di kalangan rakyat yg tdk ingin melihat wakil rakyat yg telah diundi oleh mereka hanya makan gaji buta & gilakan jawatan.

Menurut perkongsian yg dibuat oleh Zainuddin Omar melalui Facebooknya, berdasarkan artikel Malaysiakini tersebut, hanya 18 Ahli Parlimen menunjukkan kehadiran cemerlang apabila hadir pada semua hari persidangan.

Jumlah ini kebanyakannya adalah dari wakil rakyat yg berada di blok pembangkang iaitu seramai 14 orang & hanya 4 orang berada di blok kerajaan.

Berikut merupakan senarai Ahli Parlimen (blok pembangkang) yg mencatatkan kehadiran sempurna:

Nor Azrina Surip (PKR – Merbok)
Wong Chen (PKR – Subang)
Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)
Wong Hon Wai (DAP – Bukit Bendera)
Wong Kah Woh (DAP – Ipoh Timur)
Thomas Su Keong Siong (DAP – Kampar)
Nga Kor Ming (DAP – Teluk Intan)
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP – Segambut)
Fong Kui Lun (DAP – Bukit Bintang)
Anthony Loke Siew Fook (DAP – Seremban)
Alice Lau Kiong Yieng (DAP – Lanang)
Mohd Anuar Mohd Tahir (Amanah – Temerloh)
Khalid Abdul Samad (Amanah – Shah Alam)
Hasan Bahrom (Amanah – Tampin)

Senarai Ahli Parlimen (blok kerajaan) yg mencatatkan kehadiran sempurna pula ialah:

Zakaria Mohd Edris (Bersatu – Libaran)
Mohd Salim Mohd Shariff (UMNO – Jempol)
Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik)
Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat)

Beberapa pemimpin tertinggi parti juga didapati tdk menunjukkan contoh yg baik kepada pengikut mereka dari segi kehadiran di Dewan Rakyat.

Rekod kehadiran paling teruk dari kalangan pemimpin tertinggi parti dimiliki Tan Sri Muhyiddin Yassin yg juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) & presiden Bersatu yg hanya hadir di Dewan Rakyat sebanyak 17 hari sahaja dari jumlah 71 hari itu.

Sebaliknya, presiden UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) Wilfred Madius Tangau pula mempunyai rekod kehadiran terbaik dalam kalangan pemimpin tertinggi sesebuah parti.

Rekod Kedatangan Ahli Parlimen

Jika dilihat secara purata, Ahli Parlimen menghadiri 56.5 daripada 71 hari persidangan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mempunyai purata kadar kehadiran 63.1 hari, lebih baik daripada purata blok kerajaan iaitu 52 hari bagi setiap ahli parlimen.

Seorang lagi pengguna Facebook, Muhamad Hanapi Jamaludin memberikan satu ulasan yg menarik mengenai rekod kedatangan Ahli Parlimen ini melalui hantarannya berikut:

Rekod Kedatangan Ahli Parlimen

Rekod kehadiran Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dah keluar. Perhatikan. Rakyat majikan dalam amalan demokrasi. Rakyat satu entiti, mentaklifkan amanah kepada wakil mereka utk disuarakan di parlimen. Sebagai majikan, jika rekod pekerja kaki ponteng, culas & mengelat. Nasihatkan mereka perbaiki, atau pergilirkan amanah kepada pekerja lain yg lebih quwwah.

Kerja Ahli Parlimen menurut model Westminster; merangka, mendebatkan & menggubal undang-undang, menyemak silang setiap dasar, belanjawan & keputusan yg dibuat oleh kerajaan supaya perancangan dibuat benar-benar memberi manfaat kepada rakyat & negara.

Kerja edar bakul makanan, makan kenduri, lihat longkang tersumbat termasuk peranan konvensional Ahli Parlimen juga. Namun, bila bertembung dengan jadual parlimen ia perlu lebih diutamakan, manakala kerja berkenaan boleh digalas para pegawai, wakil, malah agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sentiasa bekerja.

Kerja Ahli Parlimen dibatasi k3rana memberikan kuliah? Ini pun satu bentuk celaru juga. Ahli Parlimen boleh ganti tugas ustaz pada bila-bila masa, para asatizah hatta seorang pun tak boleh gantikan Ahli Parlimen ketika sidang dewan. Mereka lebih awla berada di dewan. Di sana punca kuasa mereka dibayar. Masyarakat tercerah, terdakwah juga tanpa kuliah mereka. Kalau nak utamakan peranan sebagai pengkuliah dengan sering meremehkan amanah di dewan, silalah jadi pengkuliah. Ramai lagi yg lebih layak menggalas amanah berat mensejahterakan rakyat melalui ‘kuasa & tangan’ jauh lebih berkesan daripada sekadar lisan.

Rakyat ponteng kena tindakan, MP kaki ponteng naik jawatan.

Sumber: Malaysiakini, Facebook Zainuddin Omar, Facebook Muhamad Hanapi Jamaludin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.