Home / Semasa / Video tular kononnya warga S’pura disamun kumpulan bermotosikal di Johor

Video tular kononnya warga S’pura disamun kumpulan bermotosikal di Johor

JOHOR BAHRU: Beberapa klip video yang tular di media sosial sejak Sabtu (2 April), memaparkan kononnya terdapat kejadian samun membabitkan warga Singapura menaiki motosikal berkuasa tinggi di Johor, adalah palsu.

 

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan mendapati rakaman kejadian sebenar bukan berlaku di Johor, sebaliknya di tempat lain pada tahun 2014, lapor Astro AWANI.

 

“Bukit Aman juga pernah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan berita palsu ini di Facebook rasminya pada 2 November tahun lalu.

 

“Hal ini dilihat sebagai satu percubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khususnya pelancong warga Singapura untuk datang ke Malaysia melalui negeri Johor,” seperti dinukil oleh Astro AWANI.

 

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperolehi daripada sumper tidak sah dan menggunakan maklumat palsu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini (3 April).

 

Video yang tular itu memaparkan sekumpulan lelaki bermotosikal menyamun dua penunggang motosikal berkuasa tinggi di tepi jalan, lapor Astro AWANI.

 

Sumber : Agensi berita/KF/kf

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.