Home / Semasa / Lembaga Zakat Selangor Catat Kutipan Sebanyak RM993 Juta

Lembaga Zakat Selangor Catat Kutipan Sebanyak RM993 Juta

Lembaga Zakat Selangor mencatatkan rekod baru agihan dan kutipan zakat masing-masing dengan jumlah mencecah RM922 juta dan RM993 juta.

 

Pandemik COVID-19 dikatakan menjadi antara faktor peningkatan penerima zakat akibat ramai yang kehilangan kerja dan terjejas pendapatan.

 

Sebanyak RM63 juta duit zakat disalurkan kepada Tabung Bantuan COVID-19 yang memberi manfaat kepada 63,701 individu dan 493 institusi.

 

Bilangan penerima zakat pula meningkat kepada lebih 69,000 keluarga manakala pengeluar zakat turut meningkat kepada 364,778 orang pada 2021.

 

Bilangan asnaf di Selangor turut dijangka meningkat pada kadar purata 6% yang akan melibatkan hampir 105,000 keluarga menjelang 2030. Oleh itu, Zakat Selangor menyasarkan untuk meningkatkan operasi kutipan dan memperkukuh inisiatif digitalisasi.

 

Pada tahun 2020, pihak Lembaga Zakat Selangor berjaya membuat kutipan sebanyak RM913 juta dan agihan sebanyak RM867.2 juta.

 

Jumlah kutipan semakin meningkat saban tahun jika dilihat dan dibandingkan dengan jumlah kutipan tahun-tahun sebelumnya.

 

Semoga kita semua dapat menjana pendapatan dengan baik dan kembali menyumbang pendapatan tersebut dalam bentuk zakat untuk kegunaan saudara kita yang lain.

 

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

 

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

 

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

 

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

 

Miliki Buku Ini Sekarang!!

 

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

 

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

 

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

 

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

 

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

 

Kredit : Majalahlabur

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.