Home / Semasa / “Ni Zalim Namanya” – Kanak-Kanak Sekolah Tidak Sepatutnya Dipaksa Berpuasa Seperti Ini | Article Update

“Ni Zalim Namanya” – Kanak-Kanak Sekolah Tidak Sepatutnya Dipaksa Berpuasa Seperti Ini | Article Update

Sedang rancak umat Islam menyambut Ramadan dengan amal ibadat & mencuba resipi Khairulaming, timbul pula cerita yg kurang enak seperti ini.

Melalui Facebooknya, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mendedahkan, ada segelintir guru di sekolah melatih murid-muridnya berpuasa dengan cara memaksa mereka agar menahan lapar & dahaga.

Kanak-kanak malang yg menjadi mangsa k3rana bekalan makanan & minumannya dirampas tersebut seterusnya menjadi trauma sehingga tdk mahu lagi berpuasa & membenci sekolahnya.

Ikuti perkongsian yg dibuat oleh Dr Kamarul melalui hantaran penuhnya berikut:

Kanak-Kanak Sekolah Dipaksa Berpuasa

Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yg kelihatan sangat lemah ke klinik.

Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air & roti utk ke sekolah.

Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yg dibawa.

Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tdk k3rana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.

Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, & tak mahu lagi ke sekolah.

Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan & minumannya diambil oleh cikgu. Siapa yg tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yg tertawakan mereka yg tak puasa.

Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, k3rana takut dimarahi.

Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak & memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yg memalukan mereka.

Kita semua mahukan anak-anak yg membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, k3rana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.

Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat utk elakkan risiko kemudaratan.

Kita ada sekitar 30 hari, Insya-Allah cukup masa utk mendidik, cukup masa utk melatih, cukup masa utk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.

Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yg sebelumnya.

Kamarul Ariffin Nor SadanKesihatan & Perubatan*tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yg bagus, prihatin & berempati.

Satu lagi kisah kanak-kanak sekolah dipaksa berpuasa oleh gurunya dikongsi di Facebook Cikgu Fadli Salleh oleh salah seorang ‘Admin’nya yg hanya bergelar Minmin.

Dalam tangkap layar yg turut disertakan bersama hantaran tersebut, didapati terdapat guru Tahun 1 yg melarang murid-muridnya membawa bekalan makanan & minuman.

Seolah-olah amat taksub dengan watak Upin & Ipin, turut didedahkan terdapat juga murid prasekolah yg berumur 6 tahun dipaksa utk berpuasa dengan cara begini.

Menurut Minmin, ada ibu bapa yg mendakwa ini merupakan garis panduan yg ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menyifatkan perbuatan ini sebagai zalim, berikut merupakan hantaran yg dibuat oleh Minmin:

Kanak-Kanak Sekolah Dipaksa Berpuasa

Ni zalim namanya. Tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya.

Budak usia 6-9 tahun perintah wajib belum jatuh atas mereka utk buat amal ibadah termasuk puasa.

Mewajibkan anak-anak sebesar ini puasa, paksa mereka jangan makan jangan minum, tdk membenarkan mereka bawa air & bekal bagi yg jelas tak puasa adalah tindakan yg tdk betul.

Benda tak betul kena tegur & betulkan.

Ada parent mendakwa ia adalah peraturan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Betul ke? Harap KPM respon. Ni isu semasa yg perlu respon segera.

Karang ada budak pitam, budak pengsan, budak gastrik asbab hal ini, siapa nak bertanggungjawab?

Tolong jangan menzalimi anak-anak belum baligh. Jika ada anak-anak mampu & larat utk puasa penuh, tahniah. Boleh teruskan.

Namun jika ada anak-anak tak mampu, usah dipaksa-paksa pula.

Kadang aku sedikit pelik, bab puasa dipaksa sungguh-sungguh. Bab solat tdk ditekankan. Terbalik tu. Kata seorang guru aku,

“Orang puasa belum tentu solat. Namun orang yg menjaga solat dah tentu takkan meninggalkan puasa”.

Begitulah.

– Minmin (admin Cg Fadli) –#MFS

BACA: Geng Plastik Hitam Kini Lebih Licik, Guna Taktik Baharu Untuk Ponteng Puasa

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, Facebook Cikgu Fadli Salleh

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.