Home / Makanan / Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Resepi Jus Kedondong Asam Boi

RESEPI JUS KEDONDONG ASAM BOI

 

Bahan-bahan:

– 12 biji buah kedondong

– 10 biji asam boi jenis putih

– 4 biji limau kasturi, perah jusnya

– 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih

– gula secukup rasa

– ais kiub secukupnya

 

Cara membuatnya:

1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.

2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.

4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.

5. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.

7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.

8. Kacau dan biarkan sekejap.

9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan

 

Kredit: Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.