Home / Viral / Terpaksa jual lembu kesayangan

Terpaksa jual lembu kesayangan

Kuala Terengganu: “Saya terpaksa menjual sebahagian ternakan yang ada kerana kos makanan yang semakin meningkat sekarang,” kata Ibrahim Mohamad.

Warga emas dari Kampung Gong Pok Maseh itu antara penternak lembu baka paling banyak dan lama di negeri ini dan turut terkesan dengan kenaikan harga makanan lembu di pasaran.

Ibrahim, 70, berkata, dia sudah buntu memikirkan isu kenaikan harga makanan ternakan yang tidak terkawal.

“Lembu baka limosin yang paling saya sayang dan dianggarkan seberat lebih 1,000 kilogram atau 1 metrik tan antara yang terpaksa dijual.

“Saya mempunyai 13 lembu baka Charolais, Limosin dan Belgian Blue.

“Kenaikan harga makanan lembu terkini paling tinggi sejak 39 tahun saya bergiat dalam penternakan lembu baka itu,” katanya.

Tambahnya, dia memperuntukkan RM300 hingga RM400 sebulan untuk membeli makanan lembunya sebelum ini.

“Sekarang harga makanan lembu meningkat seterusnya kos bulanan juga meningkat hingga lebih RM500 sebulan.

“Jika hanya harapkan rumput minyak memang tidak memadai malah lembu baka juga lambat gemuk dan lebih teruk beratnya boleh susut.

“Oleh itu saya terpaksa menjual beberapa ekor lembu kesayangan itu bagi memastikan sebahagian lembu yang masih kecil dapat dibekalkan makanan seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, biarpun cabaran menternak lembu baka cara kandang fidlot itu semakin hari semakin meningkat namun kegiatan penternakan itu tetap dijalankan.

“Penternakan lembu baka sudah sebati dalam kehidupan saya, walau apa pun cabarannya saya tetap akan meneruskan penternakan itu sampai bila-bila,” katanya.

sumber : berita harian

About admin2

Check Also

Tidak Sanggup Kongsi Dosa, Netizen Puji Kedai Jahit Tolak ‘Alter’ Seluar Ketat Bagi Perempuan

Pada hari ini memang mudah untuk kita dapatkan pakaian kegemaran sendiri, hanya perlu buka telefon …

Leave a Reply

Your email address will not be published.