Home / Semasa / ‘Berebut Nak Sedekah Tapi…’ – Netizen Tegur Golongan Agih Makanan Hingga Terbiar Tepi Jalan | Article Update

‘Berebut Nak Sedekah Tapi…’ – Netizen Tegur Golongan Agih Makanan Hingga Terbiar Tepi Jalan | Article Update

Apabila tiba bulan Ramadan, pastinya ramai pihak berlumba-lumba utk membuat kebaikan termasuklah mengagihkan makanan kepada pihak yg memerlukan seperti gelandangan.

Walau bagaimanapun, budaya amalan bersedekah ini dipandang tdk elok apabila timbul isu berlakunya pembaziran makanan sehinggakan setiap kali Ramadan pasti tdk lari dengan isu lambakan makanan hanya sebab orang berlumba-lumba mahu bersedekah.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Mulut_Cabai berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan beberapa pek makanan dipercayai lebihan agihan yg terbiar di tepi jalan.

Menerusi ciapan pengguna Twitter itu, dia berasa kesal dengan sikap golongan ini yg mengulangi kesilapan sama setiap kali bulan Ramadan.

Ia berpunca apabila tiada komunikasi antara pemberi sedekah, pihak perantara terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) & penerima.

“Semua berebut nak buat amal bulan Ramadan. Tapi jangan sampai membazir & menyusahkan. Tiap tahun ulang-ulang benda sama, ego tak nak belajar atau kerjasama, semua nak kejar nama.”

Makanan terbiar sampai basi sebab semua nak menderma 20-30 bungkus

“Inilah yg berlaku setiap Ramadan. Setiap hari seorang gelandangan dapat 20 ke 30 bungkus. Kau ingat perut diaorang kawah kenduri?”

“Bila ditgur, melenting. Tapi diri yg tak nak bertanya, belajar. Semua semata nak kejar foto amal tunjuk pada dunia.”

Dalam pada itu, dia juga memberi cadangan beberapa tempat yg bersesuaian utk golongan pemberi sedekah membuat amal jariah.

1. PPR

Selain golongan gelandangan, penduduk PPR juga sebenarnya memerlukan makanan.

Agih Makanan Hingga Membazir Terbiar Tepi Jalan

2. Waris pesakit di hospital

Ada kalanya mereka juga tdk sempat membeli juadah berbuka k3rana kesibukan menjaga pesakit.

Agih Makanan Hingga Membazir Terbiar Tepi Jalan

3. Pengawal keselamatan

Boleh juga pertimbang jika mahu bersedekah makanan kepada mereka.

54CB0629-C262-4F1E-B72D-1EECBDB34036

4. Pelajar

Para pelajar kolej yg kurang berkemampuan utk membeli juadah berbuka atau sahur.

9A28433F-0861-4D17-9E04-2DC651AFA700

5. Bekerjasama dengan NGO lama

Pentingnya bertanya jika sesuatu tempat itu sudah ada NGO yg bertugas.

3C3E918A-16DE-41A1-B24D-096EC573D316

Justeru, dalam hendak mencari pahala sempena Ramadan, nak sedekah amal jariah pun berpada-padalah supaya niat baik kita tdk bertukar kepada pembaziran.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.