Home / Viral / Kadar sewa gerai Bazar Hari Raya Geylang Serai antara $5,000 hingga $21,000; tertinggi sejak 2018

Kadar sewa gerai Bazar Hari Raya Geylang Serai antara $5,000 hingga $21,000; tertinggi sejak 2018

BERITAmediacorp: Kadar sewa bagi sebuah gerai di Bazar Hari Raya Geylang Serai adalah antara $5,000 hingga $21,000 pada tahun ini.

Wisma Geylang Serai (WGS) mendedahkan perangkaan itu kepada BERITAmediacorp pada Selasa (5 Apr) sambil menambah bahawa harga sewa yang ditetapkan pula bergantung kepada jenis kedai serta lokasi gerai tersebut.

WGS memberikan respons tersebut bagi mengulas tentang kadar sewa yang dinukil oleh Mothership dalam laporannya yang menyatakan bahawa harga sewa tertinggi pada tahun ini adalah $25,000.

WGS mendedahkan kepada BERITAmediacorp bahawa harga sewa tertinggi bagi tahun ini adalah $21,000, yang tetap merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan harga rekod yang dicatatkan pada 2018.

Pada ketika itu, harga sewa bagi gerai seluas tiga meter kali tiga meter adalah setinggi $20,000, dengan harga terendah pula sekitar $4,000.

Pada 2017 pula, harga sewa adalah antara $3,000 hingga $18,000 bagi ruang yang serupa saiznya iaitu tiga meter kali tiga meter.

About admin2

Check Also

Penghantar Mak4nan M4ut, Dilanggar Keret4 Di Lampu Isyarat

Seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal .parah dalam satu kejadian kemalangan selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.