Home / Semasa / Kena Beli Sendiri Kipas Untuk Kelas Di Sekolah, Bukti Kegagalan Pengurusan Sistem Pendidikan Negara | Article Update

Kena Beli Sendiri Kipas Untuk Kelas Di Sekolah, Bukti Kegagalan Pengurusan Sistem Pendidikan Negara | Article Update

Tular sebuah video di TikTok mengenai seorang bapa yg terpaksa membeli sendiri kipas utk kegunaan kelas anaknya di sekolah.

Video yg telah ditonton lebih dari 134,000 kali tersebut menerima pelbagai reaksi & mendapat lebih 500 komen setakat ini.

Ramai yg memuji tindakan bapa tersebut yg disifatkan sebagai sangat mulia demi keselesaan anak & rakan-rakannya yg lain utk menuntut ilmu.

Namun, masih terdapat juga segelintir pihak yg suka melontarkan kata-kata negatif & mendakwa anak-anak muda sekarang sebagai terlalu manja.

Dr Anuar Ahmad melalui Facebooknya pula melihat hal ini dari sudut yg lain & berpendapat masalah ini merupakan satu bukti kegagalan pengurusan sistem pendidikan negara.

Apakah yg menyebabkan beliau berpendapat sedemikian? Jom baca penjelasannya berikut.

Anuar Ahmad

Kisah seorang bapa yg sukarela beli kipas angin utk kelas anaknya di sekolah bukanlah kes terpencil. Terima kasih team KOSMO yg melaporkan berita ini.

Sebenarnya isu ini besar & perlu perhatian segera. Banyak kelas di sekolah kita yg bermasalah dengan kipas angin & lampu.

Saya juga acapkali melihat masalah ini bila menyelia latihan mengajar pelajar pelajar saya di sekolah-sekolah. Bila tanya murid-murid dalam kelas, “dah lama kipas ini rosak”, biasanya jawapan yg saya terima sama sahaja, “dah lama cikgu”.

Malah anak saya sendiri pernah lalui setahun berada di dalam kelas yg kipas angin tdk berfungsi. Malah apabila naik ke tahun seterusnya, satu hari bila beliau masuk semula ke kelas lamanya, kipas tersebut masih belum dibaiki!!

Tindakan bapa ini yg membeli kipas angin & sedekahkan pada sekolah adalah tindakan terpuji. Itu tandanya beliau mengambil berat tentang keselesaan & kesejahteraan anak beliau serta rakan-rakan anak beliau di dalam kelas berkenaan.

Tapi dari sudut lain, ini juga bukti KEGAGALAN PENGURUSAN sistem pendidikan dalam menguruskan kesejahteraan anak-anak kita di sekolah.

Walaupun ibubapa boleh & digalakkan memberikan sumbangan pada sekolah, budaya menyumbang ini tidaklah sampai ke tahap menyediakan infra asas di bilik darjah.

Penyediaan infra seperti kipas & lampu adalah di bawah tanggungjawab KPM dengan menggunakan duit peruntukan kerajaan.

Bukankah ibubapa sudah pun  membayar cukai kepada kerajaan? Jadi jangan kata ibubapa hanya pandai mengadu & tak membantu pihak sekolah. Bantuan kepada sekolah sudah pun dibuat oleh ibubapa melalui pembayaran cukai setiap tahun.

Sekali lagi saya ulang, kipas rosak bukan kes terpencil.

Selain kipas & lampu, jika ada ibubapa yg ke sekolah anak-anak anda, lihat juga keadaan tandas murid-murid. Pengalaman saya melawat banyak sekolah, kebanyakan tandas kotor & sangat hancing.

Guru sendiri pun tak tahan. Sebab itu guru ada tandas guru & dikunci setiap masa supaya murid-murid tdk curi masuk & menggunakannya.

Cuba anda tanya betul atau tdk, ramai murid sebenarnya lebih rela menahan diri dari buang air besar di tandas sekolah. Mereka lebih sanggup tunggu sampai balik ke rumah.

Sejahterakah anak-anak kita utk belajar di dalam bilik darjah dalam keadaan mereka terpaksa menahan perut yg meragam?

Sejahterakah anak-anak kita yg terpaksa belajar dalam keadaan bilik darjah yg sesak & panas k3rana kipas angin rosak?

Sejahterakah guru-guru kita mengajar dalam kelas kelas yg panas?

Mengapa tak buat aduan?

Apa gunanya ada PGB & kakitangan am sekolah kalau mereka sendiri tak pantau & selesaikan? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalunya mereka akan kata tiada bajet utk tukar kipas atau stok belum sampai)

Apa gunanya begitu ramai pegawai di PPD utk pastikan setiap sekolah di dalam daerah mereka berada dalam keadaan terurus? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalu mereka akan kata proses lambat sedikit sebab kena beli kipas secara pukal/tender).

Apa gunanya begitu ramai pegawai di JPN? Mengapa kena tunggu ada aduan? (Cumanya bila aduan dibuat biasanya akan kata ini urusan PPD & sekolah).

Bangau oh Bangau…

Akhirnya masalah sekecil kipas angin pun tdk dapat diselenggarakan dengan segera. Anak-anak kita menjadi ‘mangsa’ kegagalan pengurusan pendidikan & terpaksalah mereka  belajar dalam kepanasan setiap hari.

Inilah hakikat jika pemimpin pendidikan kita mahu tahu ap4 yg sebenarnya sedang berlaku di bawah sana. Nak tahu, tanya guru yg ‘berani bersuara’ demi kebaikan murid-murid.

Ini pun hanya satu contoh kecil dari berbagai lagi isu infra yg lain.

Menariknya, bila dengar Menteri & rombongan akan turun ke sekolah , semua kerosakan insyaAllah akan siap sebelum sempat kereta menteri sampai ke pintu pagar sekolah.

Inilah ‘budaya kerja’ kita.

BACA: Trend Guru Bersara Awal, Punca Sebenar Dan Implikasinya Cetus Kerisauan

Sumber & kredit foto: Facebook Anuar Ahmad, KOSMO! ONLINE

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.