Home / Semasa / Menteri Indonesia Tolak Cadangan Malaysia Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Kedua ASEAN | Article Update

Menteri Indonesia Tolak Cadangan Malaysia Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Kedua ASEAN | Article Update

Nampaknya bukan sahaja rakyat Indonesia mempertikaikan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob utk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN apabila menterinya juga turut menolak cadangan tersebut.

Menteri Pendidikan, Budaya, Penyelidikan & Teknologi, Nadiem Makarim menerusi satu kenyataan bertulis berkata, adalah lebih patut utk menganggap bahasa Indonesia sebagai bahasa ASEAN, dengan mengambil kira kelebihan sejarah, undang-undang & linguistik.

“Saya sebagai menteri pendidikan & kebudayaan tentu menolak usulan tersebut.

“Namun k3rana ada keinginan negara sahabat kita mengajukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, tentu keinginan tersebut perlu dikaji & dibahas lebih lanjut,” katanya.

Beliau juga mengatakan masyarakat Indonesia tentunya mahukan pemerintah negara itu terus menguatkan & mempertahankan bahasa Indonesia.

Tambahnya, kedudukan Bahasa Indonesia lebih baik utk dijadikan bahasa rasmi Asean k3rana ia bukan sahaja menjadi bahasa pertuturan terbesar di rantau ini, tetapi juga digunakan di 47 negara.

Selain itu, Bahasa Indonesia diajar secara meluas di banyak universiti termasuk di Eropah, Amerika Syarikat (AS), Australia & beberapa negara Asia.

“Ini k3rana bahasa Indonesia berada di hadapan sebagai perantaraan utk mesyuarat rasmi ASEAN.”

Menjadi perdebatan netizen Malaysia & Indonesia

Isu ini mendapat perhatian netizen di media sosial yg mana masing-masing memberi alasan & mempertahankan bahasa yg sewajarnya menjadi bahasa kedua ASEAN.

Sebagai contoh, apabila dinyatakan bahawa bahasa Melayu juga digunakan secara meluas di Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina, sebahagian Kemboja & Indonesia, mereka menjawab bahasa Indonesia ditutur lebih ramai etnik menerusi populasi penduduk negara itu.

Dalam pada itu, mereka juga tdk segan memerli bahawa rakyat Malaysia juga tdk begitu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pertuturan.

0FECF6B9-57F9-4E36-B03E-B49A2FB15341

Sementara itu, ketua agensi pembangunan Bahasa Indonesia, Endang Aminudin Aziz berkata, terdapat banyak perbezaan antara bahasa tersebut & Bahasa Melayu.

Katanya, “kefahaman bersama” Bahasa Indonesia lebih luas berbanding Bahasa Melayu, sambil menambah, Bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai “bahasa daerah yg dituturkan di kawasan tertentu sahaja”.

Sumber: Berita HarianApa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.