Home / Semasa / “What Are We Teaching Our Children?” – Harith Iskander Persoal Penutupan Kantin Sekolah Di Bulan Ramadan | Article Update

“What Are We Teaching Our Children?” – Harith Iskander Persoal Penutupan Kantin Sekolah Di Bulan Ramadan | Article Update

Memang menjadi kebiasaan di Malaysia, banyak kedai makan tdk beroperasi & ditutup pada waktu siang hari di sepanjang bulan Ramadan.

Langkah ini bertujuan bagi menghormati mereka yg berpuasa serta bagi mengelakkan golongan ‘Yak Yak Yeay’ dari terus mencemarkan kesucian bulan yg mulia ini.

BACA: Geng Plastik Hitam Kini Lebih Licik, Guna Taktik Baharu Untuk Ponteng Puasa

Selain itu, kebanyakan kantin sekolah juga turut ditutup bagi mendidik pelajar sekolah & kanak-kanak menyesuaikan diri dengan Rukun Islam ketiga ini.

Mungkin ekoran banyak kes pelajar dipaksa berpuasa kebelakangan ini, tindakan pihak sekolah yg menutup kantin ini tiba-tiba menjadi perbualan hangat & dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Dalam satu hantaran Facebook, Harith Iskander telah mempersoalkan tindakan kantin sekolah yg menutup operasinya pada bulan puasa.

Turut dimuatkan dalam hantarannya tersebut ialah satu tangkap layar mesej yg diterima dari sebuah pihak sekolah yg terletak di Kuala Lumpur memaklumkan mengenai penutupan kantinnya.

Antara kandungan mesej tersebut ialah, “Untuk makluman ibu bapa, sepanjang bulan Ramadan, KANTIN DITUTUP/TIDAK MENYEDIAKAN MAKANAN bagi melatih murid-murid agar berpuasa & juga menghormati orang yg berpuasa”.

Harith yg telah dianugerahkan sebagai ‘Funniest Person in the World’ pada 2016 lantas membuat hantaran berikut pada hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa.

Harith Iskander

Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yg puasa tahu ada yg tak puasa, tapi kami faham je. Relax je.

Yang tak puasa tahu ada yg puasa, lagi dia orang secara automatic respek kita (tak payah paksa) … waktu time recess dia orang pergi kantin – tak ada hal bagi kita.

Yang saya nak tahu: bila & tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni?

Yang menyebabkan budak-budak yg tak puasa rasa “takut” atau “serba salah” berdepan dengan rakan-rakan yg berpuasa…

Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yg tak puasa – sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa.

End of the day – what are we teaching our children?

#whatsgoingonmalaysia #ramadhan

Sumber & kredit foto: Facebook Harith Iskander

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.