Home / Semasa / Bapa Tanggung Derita Rindu Dibuang Anak Sendiri, Siap ‘Blocked’ Nombor Telefon. Netizen Doa Allah Lembutkan Hati Anaknya..

Bapa Tanggung Derita Rindu Dibuang Anak Sendiri, Siap ‘Blocked’ Nombor Telefon. Netizen Doa Allah Lembutkan Hati Anaknya..

WARGA TikTok menjadi saksi tumpahnya air mata seorang bapa apabila dia gagal menahan emosi k3rana terlalu merindui anak-anaknya.

Dalam tempoh kurang 24 jam selepas dikongsi, video itu meraih sejuta tontonan serta dihujani ribuan komen netizen.

Dikenali sebagai Muhammad Anas Ariqin, lelaki itu dilihat sedang memanjatkan doa agar dipertemukan semula dengan anak-anaknya sambil menangis teresak-esak.

“Ya Allah ya tuhanku. Aku rindukan anakku ya Allah. Ya Allah… ya Allah… ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan anakku ya Allah. Aku tak mampu ya Allah.

“Subhanallah, aku cuba lupakan tapi tak daya, aku tak mampu ya Allah. Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan aku? Kenapa anak aku sanggup lupakan aku? Aku tak sanggup ya Allah,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu sempat membalas beberapa komen netizen & bercerita serba-sedikit mengenai situasi yg dilaluinya.

Dia mendakwa sudah berpisah dengan isterinya selepas jatuh sakit pada tahun 2014.

“Pakcik ada sakit jantung. Pada 7 Mei 2014 saat pakcik koma 53 hari, apabila isteri dapat tahu dia minta pisah, saat itulah pakcik mula derita,” ujarnya.

Dalam satu video berlainan, lelaki itu berkata dia sudah lama tdk berhubungan dengan anak-anaknya.

“Dulu waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingatkan abah jangan lupa makan ubat.

“Sekarang sepi hilang semua tu. Semoga anak-anak abah sihat ya,” tulisnya pada kapsyen video.

Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan mendakwa anak-anaknya menyekat nombor telefon bimbitnya.

“Dia dah blocked semua nombor pakcik ni… dia malu jumpa pakcik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yg menimpa lelaki berkenaan.

Malah, ramai netizen turut menitipkan doa agar lelaki itu dapat disatukan semula dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

“Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak abah supaya terbuka hati anak-anaknya utk pulang bertemu abah. Amin.

“Wahai warga TikTok. Mohon sebarkan berita dari pakcik ni secepat mungkin. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua.

Kalau anak pakcik ni tengok video ni, tolong la jumpa abah tu, kesian dia menanggung rindu. Takut kifarah kepada kamu nanti.

“Kesiannya. Ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Kau lembutkanlah hati anak-anak pakcik ni sebelum Syawal tiba,” tulis beberapa netizen.

Sokongan yg diterima lelaki itu menerusi TikTok turut membolehkan dia mengumpul lebih 13,000 pengikut.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.