Home / Semasa / Ini Cara Paling Mudah Untuk Menggembirakan Orang Lain Dalam Hidup Kita | Article Update

Ini Cara Paling Mudah Untuk Menggembirakan Orang Lain Dalam Hidup Kita | Article Update

Tanpa disedari, kadangkala kita leka & terlupa tentang satu cara yg paling mudah utk menggembirakan orang lain di sekeliling kita.

Melihat pada situasi semasa pula, didapati banyak kisah keruntuhan akhlak & runtuhnya budi bahasa di kalangan masyarakat dikongsikan di media sosial.

Dari yg melibatkan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa berjawatan tinggi & bekerjaya profesional, didapati budaya kurang ajar & tdk beradab kini semakin menjadi kebiasaan.

Terima kasih kepada seorang pengguna Facebook ‘Azizah Mohamed yg berkongsi satu kisah positif mengenai bagaimana caranya utk memupuk akhlak yg baik seterusnya menggembirakan orang lain hanya dengan cara yg sangat mudah.

Perkongsian yg sangat bermanfaat dari beliau ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita selama ini yg sudah terlupa tentang betapa pentingnya tutur kata & bicara yg baik dalam kehidupan seharian.

Paling Mudah Menggembirakan Orang

Beberapa hari lepas. Saya hidang mee goreng utk mak ayah.

Mak rasa sesuap.

“Sedap, Zah. Secukup rasa.”

Giliran ayah pula makan. Habis sepinggan ayah bersuara,

“Sedap betul mee Zah. Boleh buka warung depan rumah ni. Hantar Asma’ pergi sekolah, lepas tu start masak. Fuh!”

Ada sekali tu saya hidang ayam masak merah. Mak kata sedap.

Nak tahu ayah komen ap4?

“Sedapnya. Macam ni gaya boleh jual dah. Cukup rasa. Eh serius ni. Jual lah. Ayah boleh jadi runner. Oven kat dapur muat berapa ekor ayam? Kalau jadi bisnes kita tukar oven besar.”

Pecah ketawa tukang masak dengar. Padahal ayam masak merah tak guna oven pun 😂

Terhibur sungguh. Hilang sakit pinggang berdiri lama di dapur. Walhal saya tahu masakan saya sangat sederhana. Namun terasa dihargai sebaiknya.

Alhamdulillah.

Hakikatnya, itulah pemandangan di meja makan sejak kecil. Ayah akan puji ap4 jua air tangan mak. Di hadapan kami.

“Alhamdulillah. This is the best dinner for today!”

Ayat legend ayah. Riuh kami gelak ketawa di meja. Sebab dinner memang sekali sehari kan 😂

Bila kami dah besar ayah puji masakan anak & menantu. Jarang ayah komen sepatah. Mesti ada extra feedback yg selalu buat kami ketawa terhibur.

Dan mak pula akan berterima kasih utk setiap masakan yg terhidang. Sedangkan apalah sangat nak dibandingkan dengan air tangan mak sepanjang membesarkan kami.

Ini bukan post bercerita kesedapan masakan sendiri. Tidak sama sekali.

Namun melalui mak ayah,

Kami belajar betapa mudahnya menggembirakan orang dengan kata-kata yg baik.

Perkataan yg baik akan pergi jauh. Meresap masuk ke dalam hati pendengar. Lantas memberatkan neraca amal soleh kita.

Insya-Allah.

Perkataan yg buruk juga akan pergi jauh.

Menyakitkan hati pendengar. Lalu menjadi pemberat dosa. Melambatkan urusan kita memasuki syurga.

Nauzubillah.

Maka, selagi bernyawa, hati-hati memilih perkataan kita. Moga setiap patah kata menjadi penyelamat di akhirat sana. Di saat mulut ini tdk lagi boleh bersuara mempertahankan kita.

Terima kasih ayah.

Terima kasih mak.

Terima kasih ibu ayah semua.

Syurgalah buat kalian yg mendidik anak-anak dengan akhlak yg baik. Moga Allah izinkan kita semua berkumpul di sebaik-baik tempat di Syurga.

Yang padanya ‘mereka tak akan mendengar percakapan yg sia-sia & yg menimbulkan dosa’. (Al-Waqiah: 25)

Aamiin ya Mujib.

Anak yg menyerap pelbagai kisah,‘Azizah Mohamed.

BACA: 7 Penyebab Anak Mula Tunjuk Perangai Kurang Ajar

Sumber & kredit foto: Facebook ‘Azizah Mohamed

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.