Home / Semasa / Panduan Berguna Buat Orang Bukan Islam Untuk Sama-Sama Menghormati Ramadan | Article Update

Panduan Berguna Buat Orang Bukan Islam Untuk Sama-Sama Menghormati Ramadan | Article Update

Masyarakat majmuk di Malaysia sering dipupuk dengan sikap bertimbang rasa & tolak ansur di antara satu sama lain.

Amalan inilah yg menjadi pegangan kita selama ini ke arah kehidupan yg sejahtera, aman damai & harmoni.

Ketika menyambut bulan Ramadan misalnya, penganut agama lain turut sama-sama memahami & menghormati orang Islam yg berpuasa.

Hantaran yg dibuat oleh seorang pemuda berbangsa Cina, Tai Zee Kin di Facebooknya ini merupakan satu contoh penulisan terbaik yg dapat menyelami dengan lebih dalam tanggapan kaum lain terhadap ibadat puasa umat Islam.

Beliau menceritakan pengalamannya yg bekerja di pejabat yg majoriti pekerjanya adalah Muslim & bagaimana beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yg mengamalkan sikap ‘kekangan kendiri’.

Hantaran yg dibuat oleh beliau ini mungkin dapat dijadikan panduan bagi orang bukan Islam yg lain utk turut sama-sama membantu meningkatkan lagi persefahaman & toleransi antara kaum di Malaysia.

Jom ikuti kisah Tai Zee Kin berikut & juga pendapat beliau mengenai sebuah sekolah yg melarang pelajar bukan Islam membawa botol air ketika Ramadan yg kecoh baru-baru ini.

 

1 Tai Zee Kin

Cerita Puasa Ramadan

Selama 4 tahun saya bekerja di sebuah pejabat di mana majoriti pekerja adalah Melayu Muslim.

Pejabat ini terdiri daripada 90 lebih warga Melayu Muslim & 6 bukan Melayu Muslim – 3 Cina, 3 India. Bahagian saya pula ada 8 orang & saya seorang sahaja bukan Muslim.

Dari kecil ibu bapa mengajar kami adik-beradik supaya mengamalkan sikap ‘kekangan kendiri’ (self restrain) sempena bulan Ramadan.

Tiada masalah bagi kami tdk makan & minum depan sahabat Muslim sejak zaman bangku sekolah. Ini adalah tabiat & amalan yg terpahat batin.

Ramadan pertama saya di pejabat ini cukup menarik & merupakan sebuah pengalaman saya tdk akan lupa sepanjang hidup ini.

Saya ada tabiat membawa botol air ke sekolah/tempat kerja. Masa bulan Ramadan, saya segan minum air walaupun dahaga.

Rakan sekerja saya, Kak Lini Marlina Ismail, Kak Umi Hani, Bahariah Bahadom berkali-kali menegur saya supaya jangan segan kalau nak makan atau minum depan mereka.

“Zee Kin, minum & makan sahaja! Jangan nak segan. Kami okey”.

Terharu saya.

Sahabat-sahabat saya barangkali menerangkan konsep ibadah puasa sebagai sebuah jihad yg mulia – & kepentingan warga Muslim utk menguatkan iman bagi mengatasi segala godaan yg boleh membatalkan puasa.

Bagi mereka, menghadapi dugaan puasa dengan iman yg kuat adalah tanggungjawab mereka terhadap orang miskin kebuluran & juga kepada Tuhan. Jihad ini harus dipikul & dijinjing oleh sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, saya terfikir ajaran ibu bapa & enggan menyusahkan sahabat Muslim saya yg sedang berpuasa. Bulan Ramadan saya makan & minum bersendirian atau bersama Bonda Joan Lai di luar. Bonda Joan juga sangat peka terhadap perasaan rakan sekerja kami yg sedang berpuasa. Beliau seringkali ‘mengingatkan’ saya supaya jangan menyeksa rakan Muslim dengan perbualan makan, minum, merokok & lain lain. Beliau juga seorang yg mengamalkan kekangan kendiri.

Inilah keindahan bulan Ramadan & juga masyarakat pelbagai kaum yg saling menghormati – warga Muslim yg gigih menguatkan iman utk menunaikan ibadah puasa, & warga bukan Islam yg mengamalkan kekangan kendirian sempena Ramadan.

Saya cukup menghargai pengalaman yg indah ini.

Namun, sebuah insiden mencabar fahaman saya selama ini mengenai ibadah puasa. Sebuah sekolah telah melarang pelajar bukan Islam membawa botol air ke kelas.

Walaupun saya secara dasar tdk membantah larangan tersebut, hati saya telah timbul keraguan bahawa bukan semua orang berkongsi pendapat rakan-rakan sekerja saya.

Rakan-rakan sekerja saya mengalakkan supaya saya terus menjalankan rutin saya seperti biasa & Cik Bahariah pernah menegur supaya jangan memperlekehkan iman beliau dengan sengaja menyorok botol air saya. Saya cukup terkagum.

Saya setuju, pelajar Muslim sekolah rendah masih kecil lagi & godaan minum air mungkin terlampau seksa utk mereka.

Bagi saya, yg sepatutnya berlaku adalah seruan daripada pemimpin bukan Islam supaya kami mengamalkan kekangan kendirian.

Pemimpin bukan Islam harus membuat kenyataan utk menggalakkan warga Bukan Islam supaya jangan makan minum depan sahabat Muslim kami.

Situasi akan menjadi sangat berlainan kalau pihak sekolah terus melarang pelajar bukan Muslim yg tiada persiapan berpuasa membawa air – mereka tdk pernah diajar atau dilatih utk mengawal pengambilan air (contohnya, sahur) seperti pelajar muslim. Agama mereka juga tdk melarang minuman air langsung.

Justeru saya sangat sedih, k3rana banyak rakan bukan Islam terlampau cepat menghukum berdasarkan peristiwa kekecualian ini.

Majoriti sahabat Muslim saya tdk berpendapat demikian – di mana beban penunaian ibadah puasa harus serba sedikit dipertanggungjawabkan kepada yg bukan Islam.

Namun saya juga ingin menyeru kepada semua yg tdk berpuasa supaya mengamalkan kekangan kendiri sepanjang bulan Ramadan yg mulia.

Ibadah berpuasa adalah sangat suci & kami patut membantu, mempermudahkan sahabat Muslim dalam menunaikan tanggungjawab mereka dengan tdk makan & minum depan mereka.

Sekian.

Sumber: Facebook Tai Zee Kin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.