Home / Semasa / (VIDEO) Anak mengadu kelas panas, bapa terus beli 5 kipas

(VIDEO) Anak mengadu kelas panas, bapa terus beli 5 kipas

Sebagai seorang bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan serta kelengkapan yang terbaik buat anak-anak.

 

Pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan bapa di luar sana menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menghargai bapa masing-masing.

 

Itulah apa yang terjadi apabila seorang bapa bertindak membeli lima kipas untuk dipasangkan di dalam kelas anaknya yang dikatakan panas dan mengakibatkan ketidakselesaan para murid ketika menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

 

Tindakan yang diambil oleh bapa tersebut disebabkan satu daripada tiga jumlah kipas yang ada di dalam kelas itu telah rosak dan mengakibatkan murid yang duduk di tepi tidak merasai angin kipas.

 

Video yang dimuat naik oleh @drhanafiyahya di laman TikTok itu telah mendapat perhatian pengguna laman itu dengan lebih 300,000 jumlah tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.

 

Anak pemilik akaun yang memuat naik video itu, Hariz, mengadu tentang situasi yang terpaksa dihadapinya di dalam kelas yang mengakibatkan kepanasan dan ketidakselesaan semasa menjalani proses pembelajaran.

 

Setelah meninjau keadaan kelas, bapanya terus membeli satu kipas siling dan empat kipas dinding. Selepas memanggil juruteknik, mereka akan membuat pendawaian supaya kemas dan selamat.

 

Dalam video itu juga menunjukkan hasrat bapanya usahanya dapat meningkatkan tahap keselesaan guru dan murid yang akan menggunakan kelas itu.

 

Kebanyakan pengguna laman itu turut memuji tindakan yang diambil oleh Hanafi Yahya yang mempamerkan nilai kebapaan yang sebenar.

 

@geeputhree: Tahniah tuan, suka dengan ibu bapa macam ini, terus selesaikan masalah, tidak banyak merungut. Semoga tuan dimurahkan rezeki.

 

@mamairis: Sama juga dengan anak saya, balik rumah mengadu kelas panas. Saya hanya mampu beri dua buah kipas dinding sahaja.

 

@azurahroslaan: Alhamdulillah, semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki. Selagi digunakan, berpanjangan pahala untuk tuan sekeluarga.

 

Kredit : Sinar Bestari

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.