Home / Semasa / Adik Tulis Surat Ajak Abg Curi2 Jumpa Blkng Sekolah, Lepas Rindu Lama Terpisah..Momen Usap Kepala Buat Ramai Tersentuh

Adik Tulis Surat Ajak Abg Curi2 Jumpa Blkng Sekolah, Lepas Rindu Lama Terpisah..Momen Usap Kepala Buat Ramai Tersentuh

RAKAMAN seorang abang bertemu adik perempuannya di pagar belakang asrama meraih hampir sejuta tontonan di media sosial selepas dimuatnaik dalam tempoh kurang 24 jam.

Video berdurasi 28 saat itu juga mengundang sebak berikutan si adik kelihatan menangis teresak-esak ketika melihat abangnya.

Berkongsi kisah menyentuh hati kepada mStar, Amir Ashraff Abdullah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Nur Shuhadah yg berusia 11 tahun adalah pada awal Februari lalu.

Ujarnya, bekerja di lokasi yg jauh menyebabkan dia sukar utk bertemu dengan adik bongsunya yg kini berada di asrama.

“Saya bekerja di kedai makan di Jerteh, Terengganu manakala adik tinggal bersama dengan bapa saudara di Felda Perasu, Gua Musang di Kelantan & bersekolah di sana.

“Disebabkan saya mendapat cuti selama empat hari, saya bercadang utk balik kampung & berbuka puasa bersama dengan adik-adik.

“Tapi saya terlupa yg Shuhadah dah masuk asrama, jadi saya tdk berpeluang utk berjumpa dengan dia k3rana SOP sekolah menetapkan ibu bapa mahupun penjaga tdk dibenarkan melawat murid bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Malah barang makanan yg dibelikan utk Shuhadah juga dikirim melalui pengawal keselamatan,” katanya yg merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik.

Menurut anak muda berusia 19 tahun itu lagi, sejurus mengetahui dia berada di kampung halaman, adiknya mengirim surat utk bertemu.

Katanya, surat ringkas yg dikirim itu meminta dia datang ke pintu belakang pada pukul 5 petang utk berjumpa.

“Surat tu dia bagi pada 5 April melalui sepupu yg belajar di sekolah sama selepas dia tahu saya ada kat kampung. Sebelum itu pada Ahad 3 April saya bercadang nak jumpa dia tapi makcik cakap tak boleh melawat, jadi saya beli makanan kat kedai RM2 utk dia,” luahnya sebak.

Katanya lagi, disebabkan masalah keluarga yg dihadapi, adiknya tdk berpeluang menikmati kasih sayang daripada ibu bapa & hanya menumpang kasih daripada ibu serta bapa saudara.

Oleh itu tambahnya, sebagai anak sulung sudah menjadi tanggungjawabnya utk menjaga & memberi kasih sayang kepada adik-adik yg masih kecil.

Bercerita lanjut, dia memberitahu peluang utk bertemu dengan adik-adik adalah pada waktu cuti sahaja selain jika dia mempunyai kewangan lebih utk pulang ke kampung halaman.

“Tempat saya tinggal di sempatan Terengganu & Kelantan, saya balik ke kampung dengan menaiki bas… perjalanan kira-kira tiga jam. Disebabkan sukar utk balik, jadi Shuhadah rindu nak jumpa & dia merupakan satu-satunya adik perempuan yg saya ada, yg lain semua lelaki.

“Apabila bertemu dia akan bercerita semua perkara kepada saya, ap4 yg buatkan dia sedih atau ap4 yg berlaku pada dia,” rintihnya sayu.

Dalam pada itu, dia juga memasang impian utk membawa kesemua adik-adiknya tinggal bersama suatu hari nanti.

Tambahnya, dia akan memastikan kewangannya stabil serta mempunyai kenderaan yg memudahkan pergerakan.

Perkongsiannya di TikTok mendapat perhatian warganet & rata-rata memuji kasih sayang yg ditonjolkan Amir Ashraff dalam video tersebut & menyifatkan dia sebagai satu dalam 1,000.

“Pengorbanan abang utk bekerja & cari duit, pengorbanan adik utk terus belajar… dah berjaya nanti jangan lupa pengorbanan masing-masing, susah kejap sahaja.

“Insya-Allah suatu hari nanti semua anak daripada broken family boleh berjaya & bahagia. Semoga Allah permudahkan semua urusan.

“Mesti abang dia jaga adik dengan baik sebab tu sedih apabila kena berpisah sementara,” kata netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yg menyatakan sebaliknya & mula membandingkan Amir Ashraff dengan abang masing-masing.

“Abang aku hantar pergi sekolah terus ‘blah’ langsung tak pandang-pandang.

“Abang aku tak adanya nak manjakan adik dia begitu.

“Abang saya perangai macam ap4 marah sana sini… nak nangis rasa,” kongsi beberapa netizen.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.