Home / Semasa / Beli kad pengenalan palsu serendah RM500

Beli kad pengenalan palsu serendah RM500

KUALA LUMPUR: Lapan pengawal keselamatan warga Filipina mendakwa kad pengenalan palsu yang digunakan mereka dibeli daripada ejen dengan harga antara RM500 hingga RM800 setiap satu.

 

Pengakuan itu didedahkan mereka ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu operasi dijalnkan di sekitar Shah Alam, hari ini.

 

Terdahulu, lapan pengawal keselamatan berusia antara 22 hingga 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa JPN selepas dikesan menggunakan kad pengenalan palsu.

 

Mereka ditahan susulan operasi serentak di tiga lokasi termasuk satu fasiliti sukan sekitar Shah Alam, Selangor antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

 

 

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Nooruladzim Ateman berkata, operasi berkenaan menyasarkan pengawal keselamatan yang bukan hanya menggunakan kad pengenalan palsu, tetapi juga menggunakan dokumen milik pihak lain.

 

“Siasatan awal mendapati semua lapan pengawal keselamatan yang ditahan itu berasal dari Basilan, Filipina.

 

“Ketika disoal siasat, mengaku mendapatkan kad pengenalan daripada ejen dengan harga antara RM250 hingga RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau memaklumkan, semasa operasi di salah satu lokasi, berlaku pergelutan antara tiga pengawal keselamatan dengan penguat kuasa JPN disebabkan mereka cuba melarikan diri bagi mengelak ditahan.

 

“Namun ketangkasan anggota operasi berjaya menahan semua pengawal keselamatan terbabit untuk proses dokumentasi.

 

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

 

“Mereka dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam esok,” katanya.

 

Kredit : Berita Harian Online

About admin2

Check Also

Lebih 30 maut dalam tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak | Article Update

SEORANG bekas anggota polis yg bersenjatakan senapang, pistol & pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.