Home / Semasa / Gerai di bazar Ramadan antara dikenakan kompaun dalam operasi Jabatan Kesihatan

Gerai di bazar Ramadan antara dikenakan kompaun dalam operasi Jabatan Kesihatan

PENGUAT kuasa Jabatan Kesihatan melakukan penilaian terhadap peniaga sempena Program Walkabout Bazar Ramadan Peringkat Negeri Melaka di Bazar Ramadan Bandar Baru Merlimau Jasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

MERLIMAU 7 April – Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 18 kompaun bernilai RM10,550 terhadap beberapa premis atas pelbagai kesalahan setakat 6 April.

 

EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kompaun itu melibatkan tiga gerai bazar Ramadan, satu kilang ais dan 14 hotel di negeri ini.

 

“Setakat 6 April kita telah lakukan pemeriksaan terhadap 398 premis makanan di tapak bazar Ramadan, tujuh kilang ais dan dan 27 hotel yang menawarkan bufet Ramadan.

 

“Mereka yang dikeluarkan kompaun inj bukan hanya atas faktor kebersihan namun melibatkan pelbagai kesalahan mengikutPeraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ‘walkabout’ di Bazar Ramadan Bandar Baru Merlimau di sini, hari ini.

 

Akmal turut mengingatkan semua pengendali makanan supaya sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan.

 

“Kepada mana-mana individu yang datang ke bazar Ramadan jika ada melihat gerai yang tidak mengamalkan kebersihan boleh maklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

“Boleh juga maklum kepada pejabat kesihatan daerah supaya kita boleh ambil tindakan, jika mereka (peniaga) masih ingkar kita akan tarik kebenaran untuk berniaga,” katanya.

 

Kredit : MelakaHariIni

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.