Home / Semasa / Nelayan meninggal dunia, rebah dalam bot

Nelayan meninggal dunia, rebah dalam bot

MAYAT mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat.

SUNGAI UDANG 7 April – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas ditemukan terbaring di bawah jeti pelantar loji penapisan minyak di sini, semalam.

 

Mangsa, Mustafa Puteh,64 ditemukan rebah dalam bot oleh orang awam dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

 

Katanya, nelayan terbabit dipercayai sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan dan kemungkinan mangsa berehat di kawasan itu sebelum ditemukan rebah dalam bot berkenaan.

 

“Berdasarkan maklumat anak mangsa, lelaki terbabit mempunyai sejarah sakit jantung,” katanya ketika dihubungi.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat.

 

“Kita turut menunggu laporan calitan bagi mengetahui sama ada mangsa positif atau tidak dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 

Kredit : MelakaHariIni

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.