Home / Semasa / ‘Rapatkan Saf’ – SOP Baharu Cetus Perdebatan Warganet | Article Update

‘Rapatkan Saf’ – SOP Baharu Cetus Perdebatan Warganet | Article Update

Fasa Peralihan Ke Endemik menyaksikan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu telah diperkenalkan bagi aktiviti masjid & surau.

Bermula 1 April 2022, pelaksanaan penjarakan fizikal termasuk bagi solat berjemaah di masjid atau surau telah dimansuhkan & saf sudah mula boleh ‘dirapatkan’.

Namun, didapati wujud perbezaan pendapat mengenai istilah ‘rapatkan saf’ ini di kalangan orang ramai khususnya golongan warganet.

Isu ini menyaksikan tercetusnya perdebatan hangat yg menyaksikan masing-masing berhujah dengan menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Mōhd Nōr Īqmāl telah membuat hantaran berikut:

Rapatkan Saf

KITA BELUM RAPAT SAF

Secara peribadi, saya kecewa & risau dengan keputusan kerajaan negeri berkaitan isu rapat saf di masjid dalam fasa endemik yg bermula hari ini.

Kita banyak didongengkan dengan perkataan ‘Mulai 1 April, boleh rapat saf di masjid’ sedangkan hakikatnya belum berlaku pun. Kenapa belum? Merapatkan saf adalah merapatkan bahu bertemu bahu & tumit kaki bertemu tumit kaki. Ini istilah ‘rapat saf’ yg sebenar mengikut sunnah Nabi SAW.

Dalam ketetapan SOP ini, yg boleh rapat cuma sejadah, orangnya tdk. Jadi kita tdk boleh beranggapan bahawa ini adalah ‘rapat saf’ yg diajarkan oleh agama.

Apa yg saya risau adalah, orang awam akan berpuas hati dengan keadaan ini & melihat bahawa kita sudah cukup rapat saf apabila sejadah bertemu sejadah, sedangkan itu masih belum rapat. Anak-anak kecil juga dikhuatiri akan terbiasa dengan keadaan ini sehingga beranggapan inilah rapat saf yg diajarkan agama, padahal bukan.

Kita tdk boleh berpuas hati dengan keputusan ini. Kita perlu terus mendesak supaya saf-saf di masjid dirapatkan mengikut sunnah dalam agama.

Dr. Arisman, MD. melalui akaun Facebooknya pula mempunyai pandangan yg berbeza. Sebagai seorang doktor, beliau berpendapat merapatkan sejadah sahaja adalah memadai buat masa ini.

Berikut merupakan penjelasan panjang lebar dari beliau yg dibuat melalui satu hantaran:

Rapatkan Saf

RAPATKAN SAF. SEJADAH ATAU BAHU?

Ini pendapat peribadi saya.

Maksud rapat saf dalam situasi FASA PERALIHAN KE ENDEMIK hari ini sebenarnya adalah hanya kain sejadah sahaja yg dirapatkan & bertemu dengan sejadah makmum lain. Bukannya rapat secara fizikal antara makmum iaitu bahu ke bahu.

Perlis adalah negeri pertama yg melonggarkan SOP dalam masjid dengan merapatkan saf dalam solat bermula awal Januari 2022 kelmarin. Menurut salah satu ceramah dari Ustaz Rozaimi pada bulan lepas kalau saya tak silap, yg dimaksudkan itu adalah kain sejadah yg rapat, bukannya secara fizikal lagi seperti yg kita fikirkan kebanyakan orang.

Ada surat pekeliling atas titah dari Sultan Selangor yg menyatakan “.. boleh solat seperti biasa tanpa penjarakan fizikal lagi”. Ada sahabat yg mengertikan kita solat seperti biasa iaitu tumit bertemu tumit atau bahu bersentuh bahu.

Tapi anda sebagai makmum pernah terfikir tak? (Dalam situasi yg sekarang masih BELUM MENANG, penularan masih tinggi walaupun kes teruk berkurangan). Jika anda pergi solat berjemaah kemudian makmum di samping anda itu sedang batuk-batuk & selesema, kemudian masuk waktu solat dia buka pula pelitup muka, kita nak tegur pun tak sempat sebab dah angkat takbir, & saf pula dah rapat bahu ke bahu, tumit ke tumit. Lebih-lebih lagi ada SOP di surau/masjid yg tdk pantau ketat penggunaan pelitup muka semasa solat.

Anda boleh khusyuk ke dalam solat dengan senario begitu? Atau sebaliknya? Risau fikir pasal makmum sebelah ni..”abislah aku kalau dia ni positif Covid..”

… rasa nak cepat je habiskan solat tu kan? Kan? Boleh khusyuk tak? Jawab jujur.

Pendapat saya yg marhaen ini, perlahan-lahanlah dalam melonggarkan SOP. Kita tak menang pun lagi. Kes harian kita masih puluh ribu.

Tambahan pula kita sedia maklum keadaan sekarang pun masih ada yg positif (misalnya orang yg kita kenal sendiri) tetapi degil & pentingkan diri tetap pergi keluar ke masjid & surau, ke kedai, tdk mahu kuarantin di rumah, bahkan tdk mahu laporkan keputusan dalam MySejahtera.

Kami doktor tahu ada kalangan rakyat kita begini. Buktinya? Bila gejala memburuk, barulah mereka berterus-terang. Tak malu pula pergi ke klinik & hospital meminta bantuan sedangkan pada awalnya tdk ikut arahan kami, menghina & mengutuk kami KKM.

Untuk isu rapatkan saf bersentuhan fizikal ini, sudah pasti saya secara peribadi akan merasa KURANG selamat jika solat berjemaah di masjid apabila terfikirkan senario begini. Saya bimbang k3rana masih ada segelintir masyarakat kita yg degil & pentingkan diri.

Saya masih berpendapat rapatkan sejadah ini adalah tindakan wajar utk sementara waktu lagi. Tak perlu lagi rapatkan secara fizikal bahu ke bahu.

InshaAllah bila kita dah benar-benar masuk ke dalam fasa Endemik, iaitu ubat antiviral khusus merawat Covid mudah didapati, kes kritikal pada tahap sangat rendah, sistem kesihatan kita tdk terbeban dengan kes baharu, kadar vaksinasi sangat tinggi & kes kematian tiada hampir setiap hari, inshaAllah saya kira waktu itu sangat sesuai utk kita mula kembali kepada norma lama iaitu tanpa pelitup muka & saf di masjid & surau rapat seperti biasa bahu ke bahu tanpa perlu membawa sejadah sendiri lagi.

Aamiin.

Walaupun maksudnya tdk ada penjarakan lagi 1 meter antara makmum, tetapi SOP lain masih dikekalkan iaitu pakai pelitup muka sentiasa & bawa kain sejadah sendiri.

Jadi saranan saya. Jika anda bergejala, silalah solat di rumah dahulu. Jangan menjangkiti orang lain walaupun itu bukan virus Covid-19, kuman lain juga boleh memudaratkan kesihatan orang lain apabila dijangkiti.

Dr. Arisman, MD.“Jangan kecam. Jangan komen kalau tak habis baca posting ni ya. ☺️”

Menurut Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa negeri & di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing.

Namun, selepas seminggu SOP baharu ini dilaksanakan, masih tiada sebarang keputusan baharu atau perubahan yg dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri.

Hingga ke hari ini, orang ramai masih ‘rapatkan saf’ dengan hanya merapatkan sejadah masing-masing tanpa bersentuhan dengan jemaah yg lain termasuklah ketika solat Jumaat & solat tarawih.

Sumber & kredit foto: Facebook Mōhd Nōr Īqmāl, Facebook Dr. Arisman, MD.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.