Home / Semasa / Ibu meningg4l atas rib4 adik hari terakh1r Ramadan, rendang raya dah siap masak… jejaka kerja pelantar minyak masih traum4

Ibu meningg4l atas rib4 adik hari terakh1r Ramadan, rendang raya dah siap masak… jejaka kerja pelantar minyak masih traum4

JODOH, pertemuan, ajal & maut adalah ketentuan Allah.

Namun kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba ibarat mimpi ngeri bagi anak-anak k3rana saat itu hilanglah keberkatan hidup iaitu doa.

Begitulah yg dirasai pemuda bernama Khairul Najmi setelah kehilangan ibunya Julina Zun, 52, pada Ramadan dua tahun lalu.

Imbas jejaka berusia 26 tahun ini menerusi ciapannya di Twitter, kehilangan ibu pada 25 Mei 2020 cukup memberi impak besar dalam hidupnya apabila arwah dikatakan meninggal dunia di atas riba adiknya beberapa minit sebelum azan Maghrib hari terakhir umat Islam berpuasa.

“Entahlah… orang lain happy nak masuk bulan Ramadan, kami sekeluarga macam trauma pula nak sambut puasa selepas kejadian tu.

Jejaka ini bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

â Walaupun sudah dua tahun mak ‘pergi’ pun rasa masih sama. Rindu sangat pada arwah mak. Saya banyak luangkan masa dengan mak jadi bila tiba-tiba mak tak ada ni rasa lain sangat.

â Suasana pagi raya pun tak sama macam sebelum-sebelum ni. Apatah lagi apabila terkenangkan mak pergi sehari sebelum Aidilfitri. Juadah raya pun mak dah masakkan. Tapi pagi esoknya tu mak dah tak ada,” ceritanya yg mesra disapa Kai.

Bercerita lanjut kepada mStar, Kai yg bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor ini mengaku tdk bersedia utk kehilangan ibu k3rana menurutnya arwah tiada sebarang penyakit kronik.

Tak ada lagi mak nak kejutkan sahur. Tak dapat nak makan masakan mak lagi dah. KHAIRUL NAJMI

Bahkan pemergian ibunya membuatkan Kai berasa terkilan k3rana tdk sempat berada di sisi insan paling disayanginya itu saat dia menghembuskan nafas terakhir.

“Mak meninggal masa musim Covid-19, tapi dia bukan kena penyakit tu sebab saya ada sepupu yg merupakan doktor kerja dekat hospital. Dia yg sahkan mak saya meninggal bukan sebab Covid-19. Jadi pengurusan mayat mak dapat dilakukan macam biasa saja.

“Mak memang tak ada sakit lain pun masa meninggal. Dulu mak ada kencing manis saja tapi tak teruk. Kali terakhir jumpa mak pada awal puasa tahun yg sama.

Difahamkan arwah ibu Kai tdk mempunyai penyakit kronik

“Saya tak ada dengan mak masa hari terakhir dia dekat dunia ni sebab saya baru habis kerja dekat Pengerang. Hanya adik yg ada dengan mak masa tu. Pada malam lepas meninggal tu mak terus dibawa ke hospital. Dapat jumpa mak buat kali terakhir pun cuma pagi raya sebelum dikebumikan,” kata Kai yg berasal dari Kuala Lumpur.

Jelas anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini, terlalu banyak kenangan bersama ibu membuatkan perasaan menyambut Ramadan & Syawal kini begitu berbeza.

“Saya dengan mak sangat rapat. Kami selalu luangkan masa bersama berbual macam-macam hal. Sejak dulu lagi saya memang jenis banyak luahkan semua perkara & masalah dekat mak. Bila mak dah tak ada, saya banyak pendam & simpan sendiri saja.

Kai meluahkan kejadian dia kehilangan ibunya di Twitter namun tdk menyangka ia akan menjadi tular.

“Ramadan utk tahun lepas & sekarang pun dah tak sama macam sebelum tu. Tak ada lagi mak nak kejutkan sahur. Tak dapat nak makan masakan mak lagi dah.

“Macam keluarga orang lain juga, kami selalu pergi solat Tarawih bersama di masjid. Untuk persiapan raya pun kami akan beli belah baju raya sama-sama & pasang pelita keliling rumah tapi semua tu dah tinggal kenangan,” luah jejaka ini lagi.

Setakat ini, posting tersebut diulang kicau lebih 11,000 kali & meraih hampir 30,000 tanda suka.

Ujarnya, dia terharu dengan mesej-mesej serta ciapan daripada pengguna lain yg mendoakan arwah ibunya.

Kai meluahkan sedikit rasa terkilan k3rana tdk sempat membalas jasa kedua-dua orang tuanya.

“Dulu saya jarang post fasal arwah mak & abah dekat sosial media sebab ada yg pernah cakap ‘bukan kau seorang je anak yatim’. Cuma tak sangka baru-baru ni posting tu jadi viral.

“Ramai yg mendoakan arwah mak & abah saya. Ada juga yg DM (Direct Message) suruh saya kuat & tabah harungi dugaan.

“Sekarang pun sebab sibuk kerja, saya dah makin okey. Cuma adalah terdetik dekat hati saya nak balas jasa mereka tapi tak sempat,” ujar Kai menutupi kisah sedihnya.

sumber : mstar

 

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.