Home / Semasa / Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Najib Ali maut kemalangan | Article Update

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Najib Ali maut kemalangan | Article Update

CHUKAI: Seorang pendakwah bebas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yg ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kompleks Operasi PETRONAS Kemaman, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Najib Ali@Awang, 52, yg parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa menunggang motosikal ke Kerteh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu seorang wanita berusia 46 tahun dari arah bertentangan membuat pusingan U secara mengejut.

“Mohd Najib gagal membrek & mengelak, sebelum merempuh kereta terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 20 meter sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Hanyan berkata, pemandu kereta cedera di leher.

“Mangsa yg cedera dihantar ke Hospital Kemaman utk rawatan lanjut, sementara mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.