Home / Terkini / RM26,000 hangus

RM26,000 hangus

TUMPAT: Empat kediaman hangus dalam kejadian di Kampung Dalam Rhu, kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi mengakibatkan empat keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Seorang mangsa, Mahani Abdul Rashid, 52, berkata beliau sedang menyiram bunga di halaman, sebelum terdengar letupan kecil dari dapur.

“Saya tidak mengendahkannya. Tapi selepas itu, kedengaran sekali lagi letupan yang sama sebelum saya bergegas ke dapur dan terkejutnya melihat api di dinding.

“Saya terus menjerit memanggil jiran dan dalam masa yang sama mengambil paip getah untuk memadamkan api, namun gagal kerana api marak dengan cepat,” katanya di sini, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA
‘Awasi limpahan air dari hulu’
Senoi Praaq bantu jejak ‘pak belang’
Air Sungai Kelantan mula melimpah
Mangsa banjir terus meningkat di Kelantan

Dia berkata, tiada apa yang dapat diselamatkan kecuali sebuah motosikal yang di halaman rumah sempat dialih.

Katanya, wang tunai RM26,000 milik anaknya, Nur Nisha Farahin Mohd Yuzairi, 29, yang disimpan di bawah katil juga hangus.

Nur Nisha berkata, wang tunai hasil jualan secara dalam talian itu dikeluarkan semalam untuk dimasukkan ke akaun Tabung Haji, esok.

“Sebaik saya terima panggilan daripada jiran mengenai kebakaran itu, saya yang berada di Kota Bharu segera pulang dan apabila tiba, rumah sudah hangus sambil mengenangkan duit yang tersimpan di bawah katil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Bomba Suhaimi Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.43 tengah hari dan seramai 21 pegawai dan anggota daripada tiga balai di Tumpat bergegas ke lokasi.

Suhaimi berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Api marak dengan cepat disebabkan cuaca agak panas dan berangin, namun dengan tindakan pantas anggota berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah yang lain, memandangkan kedudukan agak rapat,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Ramadan Johari, 25, berkata, dia yang baru selesai menunaikan solat Zohor terlelap seketika sebelum terbau asap.

Ahmad Ramadan berkata, dia ternampak asap memasuki rumahnya dan membuka tingkap dapur, sebelum mendapati api sedang marak di rumah jirannya.

“Saya terus keluar dari rumah tanpa sempat mencapai apa-apa barang sambil menghubungi ibu yang berada di tempat kerja di Kota Bharu,” katanya.

sumber : bh online

About admin2

Check Also

Ekonomi J4tuh Teruk, Menteri Kewangan Pakist4n Letak Jawatan

Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail mengumumkan peleta.kan jawatan pada Ahad disebabkan negara itu menghadapi krisis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.