Home / Semasa / Ya Allah, Paras Okslgen Anak Menurun”- Amyra Rosli Terpaksa Dipanggil Segera Ke Hospital

Ya Allah, Paras Okslgen Anak Menurun”- Amyra Rosli Terpaksa Dipanggil Segera Ke Hospital

KEADAAN kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli & Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.

Amyra yg sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Pada Rabu lalu, mStar melaporkan Ayra yg merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yg membengkak akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.

Amar Baharin diduga lagi, selepas Amyra Rosli sembuh daripada penyakit misteri, anak pula masuk hospital akibat demam panas

PASANGAN pelakon Amar Baharin & Amyra Rosli diduga sekali lagi apabila anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa mengalami demam panas & dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Rabu.

Baru sahaja sembuh dari Covid-19 pada Januari lalu, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin bimbang apabila suhu badan Ayra yg baru berusia dua tahun mencecah 41 darjah celsius.

“Arysasa mengalami demam panas… suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court, KL pada sekitar 1 pagi tadi.

Sehingga kini, Aryssa masih ditahan wad & pagi tadi baru jumpa doktor. Keadaan dia masih dalam pemantauan & kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari Covid-19.

“Tiba-tiba demam panas & tak tahu punca dia ap4. Itu yg membuatkan kami risau sangat,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yg terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya k3rana dia & isteri terpaksa menjalani penggambaran yg sudah dijadualkan.

“Saya & Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yg teman di hospital,” ujarnya.

Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi & lebam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tdk henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 31 Mac lalu, Amar memaklumkan keadaan itu tdk pernah berlaku & isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

Berkongsi keadaan kesihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di hospital & perubatan Islam.

“Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja & menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan sakit dia itu.

“Memang kami ada ikhtiar dua cara… hospital & perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat & dapat bekerja seperti biasa,” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 & dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 & Ayra Aryssa yg kini berusia dua tahun.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.