Home / Kisah Tauladan / Guru Terpaksa Ulang-Alik 140km Sehari Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Kerajaan | Article Update

Guru Terpaksa Ulang-Alik 140km Sehari Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Kerajaan | Article Update

Isu pendidikan di Malaysia sering menghiasi dada akhbar serta menjadi tajuk utama berita & perbualan hangat di platform media sosial.

Perhatian juga sering tertumpu kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin yg sebelum ini dilaporkan telah berjaya menemui sinar harapan baharu utk jalan penyelesaian isu berat beg sekolah.

Isu terkini, seorang guru yg bertugas di sebuah kawasan terpencil mempersoalkan rasional di sebalik langkah kerajaan yg akan memotong elaun guru pedalaman tdk lama lagi.

Demi mendidik anak masyarakat orang asli di Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu iaitu sekolah yg terletak di kedudukan paling utara di Perak, Ajmal Amin sanggup meredah perjalanan dari Taiping sejauh 140km setiap hari selama 5 tahun tanpa mengira penat lelah.

Namun, tindakan kerajaan yg tiba-tiba mahu memotong elaun pedalaman tersebut memang amat mendukacitakannya & hal ini diluahkan oleh beliau melalui satu hantaran yg dibuat di laman Facebook.

1 Ajmal Amin

Dah 5 tahun aku mengajar kat sekolah pedalaman ni, tipu kalau aku kata aku selesa di sini. Perjalanan pergi balik dari rumah ke sekolah yg memakan jarak hampir 140 kilometer setiap hari mengundang penat fizikal & mental. Mungkin selama 5 tahun ini aku sering pujuk hati, sekurangnya elaun pedalaman yg aku terima setiap bulan adalah sebagai sedikit saguhati utk mengganti penat & lelah yg diharungi.

Hari ini aku mendapat perkhabaran yg mendukacitakan. Elaun pedalaman yg diterima saban bulan akan dipotong sebanyak separuh selepas ini. Sepanjang perjalanan pulang sejauh 70km tadi otak aku tdk berhenti berfikir tentang rasional tindakan yg dikuatkuasakan ini.

Mungkin cuma elaun ini sahaja yg masih menahan aku dari lari & terus mengajar anak-anak orang asli di sini. Sekolah aku ni seorang cikgu perempuan pun tak ada, sebab terlalu jauh ke dalam katanya, risau akan keselamatan seorang wanita jika dihantar ke sini. Siapa sahaja yg sanggup utk berulang alik sejauh ini setiap hari tanpa ada sesuatu yg setimpal menjadi ganti. Yang sebenarnya jika dikira tidaklah berbaloi mana elaun itu jika dibanding dengan kos penyelenggaraan kenderaan & sebagainya.

Aku hairan, elaun pinggan mangkuk menteri tdk pula cuba diselidiki bagi menjimatkan wang negara, tetapi elaun guru yg berkorban setiap hari pula yg menjadi iri dengki golongan yg selesa berhawa dingin dalam pejabat sendiri.

Aku muak bila ada golongan yg cuma setahun sekali menjengah ke sini sibuk memuji keseronokan di sini. Cuaca sejuk selesa katanya, sekolah dekat dengan sungai pandangannya, komen-komen ceria yg dicerita selepas sampai bersama pacuan empat roda yg dipandu tukang pandunya, sedang mereka di belakang selesa tidur dengan mulut ternganga. Apakata kalau mereka cuba bawa sendiri kenderaan berulang alik ke sini, mengelak lubang lubang di jalan, mengelak dari melanggar anjing, ular, babi & segala macam binatang di dalam hutan tebal ini, aku mahu lihat masih adakah senyum sinis yg terukir nanti.

Periuk kecil aku ini yg sibuk diganggu masaknya sedang kawah nasi menteri tdk pula dipersoal mentahnya.

Entah, aku rasa penat sangat hari ini.

Sumber: Facebook Ajmal Amin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.