Home / Semasa / Kes Keracunan Puding Buih Berlaku Lagi, Doktor Dedah 4 Faktor Bagaimana Ia Boleh Terjadi | Article Update

Kes Keracunan Puding Buih Berlaku Lagi, Doktor Dedah 4 Faktor Bagaimana Ia Boleh Terjadi | Article Update

Penjaja di bazar Ramadan perlu bertanggung jawab ke atas keselamatan pelanggan & tdk seharusnya mengejar keuntungan semata-mata.

Orang ramai pula perlu lebih cakna dalam memilih juadah yg ingin dibeli dengan mengambil kira soal kebersihan makanan & bukannya bergantung kepada keenakan & harga jualan yg murah semata-mata.

Boleh dikatakan, setiap tahun pasti ada kes keracunan makanan yg berlaku melibatkan juadah yg dijual di bazar Ramadan yg biasanya turut melibatkan golongan kanak-kanak.

Kes keracunan puding buih misalnya telah berlaku beberapa kali sebelum ini yg mengakibatkan ramai mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital & turut melibatkan kehilangan nyawa.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah menyenaraikan di Facebooknya 4 faktor berikut bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya keracunan puding buih ini serta mengelakkan kes seumpama ini dari terus berulang di masa hadapan.

Puding Buih

PUDING BUIH DAN KERACUNAN MAKANAN

Hari ini ada kes keracunan makanan disyaki akibat puding buih di bazar. Sampel telah dihantar ke makmal utk pengesahan. Kes keracunan berkaitan puding buih ni, bukan kali pertama terjadi.

Untuk makluman, pada tahun 2020 ada kes yg melibatkan hampir 100 orang mangsa, & ada yg meninggal dunia. Kes berkenaan juga berpunca dari puding buih yg dijual di bulan Ramadan.

Pengendalian bahan mentah yg tdk sempurna semasa penyediaan puding buih lazimnya menjadi punca keracunan makanan kepada pengguna. Berikut adalah 4 perkara yg perlu diberi perhatian:

◾TELUR

Telur perlu dipastikan masih elok & dicuci bersih sebelum digunakan. Telur yg kotor atau telur yg sudah rosak boleh dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan.

◾TEKNIK PENYEDIAAN

Putih telur dipukul sehingga kembang berbuih & ia tdk dimasak. Untuk jadikannya selamat, telur perlu dimasak sekurang-kurangnya 75°C. Jika perlukan suhu kurang daripada itu, gunakan telur terpasteur.

◾SUHU PENYIMPANAN

Puding tdk boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama k3rana pembiakan bakteria akan berlaku. Puding buih perlu disimpan pada suhu sejuk dingin iaitu antara 0 hingga 10°C.

◾TEMPOH PENYIMPANAN

Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tdk disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut menyebabkan keracunan makanan.

Penyediaan puding buih ini amat sensitif: bahan perlu segar, penyediaan perlu betul, suhu perlu dijaga, masa perlu diperhati. Oleh itu, peniaga perlu pastikan semua perkara ini terjamin.

Keselamatan pengguna seharusnya jadi keutamaan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor SadanKesihatan & Perubatan

*utk maklumat tentang keselamatan & kualiti makanan, boleh ikuti Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber & kredit foto: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.