Home / Semasa / Kos Haji Jemaah Malaysia Lebih Mahal Dari Indonesia? Penjelasan Ini Buat Ramai Bersyukur | Article Update

Kos Haji Jemaah Malaysia Lebih Mahal Dari Indonesia? Penjelasan Ini Buat Ramai Bersyukur | Article Update

Baru-baru ini Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos utk jemaah Muassasah menunaikan haji pada tahun 2022 akan meningkat kepada lebih RM25,000 iaitu sebanyak 12 peratus.

Menurut TH, kenaikan kos itu susulan peningkatan berkaitan cukai & caj perkhidmatan baharu yg dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Namun, TH menyatakan pihaknya masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yg mengerjakan haji buat kali pertama.

“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yg lalu walaupun kos utk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.”

Bagaimanapun, kenaikan kos haji tersebut telah mengundang perdebatan netizen yg kurang berpuas hati apabila membandingkannya dengan kos yg dicadangkan di Indonesia dilihat lebih murah iaitu sebanyak 45 juta rupiah (RM13,171).

Kos Jemaah Haji Malaysia Lebih Mahal Dari Indonesia

Namun, beberapa netizen tampil membidas perbandingan tersebut dengan memberikan beberapa fakta.

Antaranya, seorang pengguna Facebook bernama Zainuddin Omar memberi penjelasan mengapa terdapat perbezaan kos & ia lebih mahal utk jemaah Malaysia.

Mereka yg tak berpuas hati mungkin belum pernah menunaikan haji & eloklah diberi penerangan agar mendapat maklumat yg sebenar.

1. Tempat kediamanJemaah Malaysia tinggal berdekatan masjidil haram antara 500 meter hingga 1 km.

Mereka boleh balik ke hotel & tempat tinggal setiap kali selepas solat fardhu.

Jemaah Indonesia pula tinggal jauh antara 2 km hingga 3 km & terpaksa berjalan kaki ke masjid.

Ramai dari mereka tdk pulang ke tempat kediaman selepas solat fardhu utk menjimat masa.

Saya sendiri pernah membuat Haji DIY & tinggal 3 km jauh dari Masjidil Haram bersama jemaah Indonesia & Afrika. Memang ianya sangat menyusahkan & memenatkan.

Semasa musim Haji & umrah, tempat kediaman yg dekat dengan Masjidil Haram memang tinggi kos sewaannya.

2. Penyediaan makanan Tabung Haji melalui Muassasah menyediakan makanan pek tengah hari & malam kepada semua jemaah Malaysia utk menyenangkan mereka beribadah tanpa perlu memikirkan hal penyediaan makanan.

Manakala jemaah Indonesia perlu menyediakan makanan mereka sendiri.

3. Servis TH Tidak dapat disangkalkan TH menyediakan servis terbaik dengan ramai petugas utk membantu jemaah kita. Ianya sentiasa mendapat pujian dari Jabatan Haji Saudi Arabia.

3. Logistik Pengendalian kenderaan antara Jeddah-Madinah-Mekah & Mekah-Arafah-Mina-Mekah sangat efisen dikendalikan oleh TH.

Jemaah kita tak perlu berjalan kaki jauh berbanding jemaah lain.

4. Pakar Agama & doktor TH menyediakan ustaz-ustaz yg terlatih utk membantu jemaah kita jika mereka mempunyai masalah & pertanyaan mengenai hukum hakam ibadah haji.

Begitu juga di setiap Muassasah disediakan doktor & ahli perubatan terlatih utk merawat jemaah yg tdk sihat.

Semoga catatan ini dapat memberi sedikit penjelasan mengenai isu yg sedang tular ini.

Walaupun kos selebihnya telah ditanggung TH, bakal jemaah juga harus membuat persediaan awal dari segi kesihatan & perbelanjaan haji.

Sumber: Zainuddin Omar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.