Home / Viral / MyOdisi / Bella Dipaksa Makan Najis Dan Disimbah Air Panas, Berikut Pendedahan Terkini Dari Saksi
bella-dipaksa-makan-najis-dan-disimbah-air-panas,-berikut-pendedahan-terkini-dari-saksi

Bella Dipaksa Makan Najis Dan Disimbah Air Panas, Berikut Pendedahan Terkini Dari Saksi

Isu berkaitan kes penderaan yang dialami kanak-kanak istimewa, adik Bella kembali hangat sejak Khamis menerusi sebuah hantaran tular di media sosial.

Difahamkan, kes tersebut masih dalam perbicaraan dan perkongsian pendedahan daripada saksi kejadian telah mengejutkan orang ramai.

Hantaran yang dimuat naik pengguna Facebook yang dikenali sebagai Bomoh Bursa mendedahkan kenyataan terperinci daripada saksi kejadian berkenaan proses dera terhadap Bella.

Berikut merupakan pendedahan terkini yang dinyatakan oleh saksi kejadian:

1. Menerusi hantaran tersebut, saksi mengatakan OKT (Siti Bainun) sering menyimbah air panas dekat Bella. OKT juga mengugut penghuni rumah mengambil air panas dan menyimbahnya kepada mangsa.

“Lebih kurang lima kali tertuduh buat begitu kepada Bella. Guna cawan Ikea simbah. Bella akan menggelupur dan tertuduh akan happy.”

Bella Dipaksa Makan Najis Disimbah Air Panas

2. Penghuni rumah diarahkan mengikat mangsa kemudian OKT akan menolak mangsa dan disuruh untuk mengangkat semula lalu menyimbah air panas di belakang badan mangsa.

3. Mangsa diikat tangan dan kaki di dalam tandas kemudian OKT bertindak memandikan mangsa dengan air panas.

4. Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. OKT larang orang lain tolong mangsa.

5. Badan mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka yang telah bernanah sehinggakan boleh dibau oleh penghuni lain.

6. Lebih menyayat hati, mangsa dipaksa makan najisnya sendiri. Ketika kejadian, mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT memarahi mangsa dan menyuruhnya mengutip najis dan dipaksa makan.

Kemudian apabila mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh mangsa mencampurkan muntah dan najis tadi.

7. Bukan itu sahaja, OKT juga pernah memaksa mangsa makan dua puluh biji cili yang telah dihancurkan. OKT sendiri menyuapkan mangsa cili-cili itu dan ditonyoh ke mata mangsa jika enggan.

Mangsa diberi makan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain.

Salah seorang doktor telah mengesahkan Bella mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya.

Siti Bainun dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bella Dipaksa Makan Najis Disimbah Air Panas

Sumber: Bomoh Bursa

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.