Home / Semasa / Mak ai, kesian budak tu yang tengah solat dia kuis Macamtu ja..

Mak ai, kesian budak tu yang tengah solat dia kuis Macamtu ja..

Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki dewasa telah menendang budak lelaki yg tengah solat hanya k3rana utk mendapatkan saf. Budak lelaki tersebut  tetap meneruskan solat tetapi bergerak ke tepi utk memberikan ruang kepada lelaki dewasa tersebut.

Perkara sebegini adalah tdk wajar & langsung tdk menggambarkan akhlak seorang muslim. Nabi mengajarkan umatnya utk berlemah lembut dengan kanak-kanak, bukan bersikap kasar walaupun mereka melakukan kesilapan.

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang melaksanakan solat, cucu baginda, Hasan & Husain memanjat ke atas bahu baginda & bermain-main di sekitar baginda. Selepas solat, baginda tdk terus memarahi & menyalahkan mereka, k3rana baginda tahu bahawa kanak-kanak akan takut & akan menjauhi orang yg memarahi & kelak susah menerima nasihat. Justeru, baginda menasihati mereka dengan lemah lembut sehingga mereka faham & mendengar nasihat tersebut.

Rasulullah SAW melarang ibu bapa berkata bohong kepada kanak-kanak.

Terdapat ibu bapa yg berkata bohong kepada anak utk mendiamkannya ketika mereka meminta sesuatu. Contohnya, “Diam ya nak, nanti emak belikan coklat.” Selepas anaknya diam, coklat pun tinggal cerita sahaja. Bayangkan betapa kecewanya anak itu apabila janji tdk ditepati.

Rasulullah SAW suka bermain dengan kanak-kanak & bercerita kepada mereka. Baginda tdk malu bermain dengan mereka, malah melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah membawa Abdullah bin Abbas r.a. di atas kenderaan baginda sambil bercerita tentang nabi-nabi yg diutus oleh Allah SWT sebelum baginda.

Ada satu peristiwa yg menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat peka terhadap keinginan seorang anak. Anak tersebut bernama Khattab. Dia rendah, kurus & tdk tampan berbanding kawan-kawannya yg lain.

Pada suatu hari, Khattab berjumpa dengan Rasulullah SAW & seperti anak-anak yg lain, dia berasa sungguh gembira tatkala bersama-sama baginda. Baginda memerhatikannya dengan penuh belas kasihan & memahami kehendaknya. Sambil membelai kepala Khattab, baginda berdoa agar Khattab membesar dengan tampan seperti rakan-rakan sebayanya.

Hari demi hari, Khattab mula membesar & berubah. Hanya dengan satu doa daripada Rasulullah SAW, Khattab menjadi pemuda yg tinggi, sasa & paling tampan dalam kalangan rakan-rakannya. Bagi Khattab, tiada lain yg dikasihi melebihi dirinya melainkan Rasulullah SAW.

Contohilah sikap Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak. Baginda suka bertanya tentang keadaan mereka & memeluk mereka dengan kasih sayang. Kanak-kanak mempunyai hati yg lembut, maka kita perlu berhati-hati memperlakukan mereka.

Jika mereka terbiasa diperlakukan dengan kasar, maka mereka akan ingat sampai bila-bila & ini akan mengganggu psikologi mereka. Sebaliknya, mereka akan suka kepada seseorang yg menyayangi & berlemah lembut kepada mereka. Anak-anak akan lebih mudah mendengar nasihat daripada orang yg disenangi

sumber : borakviral

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.