Home / Makanan / Resepi Ikan Kukus Asam Boi

Resepi Ikan Kukus Asam Boi

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI

Sumber: hanamemories.blogspot.com

 

Bahan-bahan

Ikan yang sesuai untuk kukus (siakap, kerapu etc )

1/2 biji bawang besar – hiris

2 ulas bawang putih – ketuk

1-2 batang serai – hiris

1 inci halia – hiris memanjang halus

5 biji asam boi putih atau lebih

1/4 batang carrot – hiris memanjang halus

Tomato cherry @ biasa – belah 4

Daun ketumbar

1 sudu sos ikan

1 sudu kicap cair

1 sudu sos tiram – (optional)

Hirisan limau atau jusnya

Cili padi dan cili merah – ikut kepedasan masing2 – hiris@ketuk

Garam – jika perlu – hana tak letak sbb sos ikan dah masin.

Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) –

 

Cara-cara

Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jangan banyak sangat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.

Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.

Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.

Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.

Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.

Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

 

Kredit : Resepi Harian

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.