Home / Makanan / Resepi Ikan Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ikan Masak Lemak Cili Padi

IKAN MASAK LEMAK CILI PADI

 

Bahan-bahan:

5 kepingan ikan alu-alu – lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit – goreng hingga masak – ketepikan

200 ml santan pekat campur dengan 200ml air

7 biji kacang bendi – bersihkan dan potong dua

1 batang serai – dititik

2 keping asam gelugur

1/2 sudu teh serbuk kunyit

garam / perasa pilihan secukupnya

 

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

12 biji cili padi

1 cm belacan

 

Cara:

1. Campurkan santan, serai, asam gelugur, serbuk kunyit dan bahan tumbuk di dalam periuk.

2. Jerang di atas api sederhana.

3. Apabila kuah santan mula mendidih, masukkan ikan goreng tadi bersama kacang bendi.

4. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan.

5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

6. Padamkan api dapur.

 

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.