Home / Makanan / Resepi Ikan Talapia Masak Pecak

Resepi Ikan Talapia Masak Pecak

Ikan Talapia Masak Pecak

 

Bahan-bahan:

10 ekor ikan talapia saiz sederhana – bersihkan dan rendam dalam air bercampur jus limau nipis – kemudian toskan dan lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit

600ml santan sederhana pekat – diperah menggunakan air masak

1/2 sudu teh pati asam jawa – ( perahan limau kasturi / nipis – pilihan)

garam / perasa pilihan

 

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih goreng

biji bawang merah goreng

segenggam cili padi warna hijau

4 biji / isi kencur

 

Cara:

1. Panggang atau bakar ikan talapia hingga masak.

2. Campurkan santan semua bahan tumbuk.

3. Perasakan dengan pati asam jawa dan juga garam / perasa pilihan.

4. Sedia untuk dihidangkan.

 

Amie panggang 10 ekor ikan talapia sebab ikan ini kepalanya saja yang besar. Encik Suami nampak berselera sekali….. (he heheh dulu dulu duluuuuuu…. kalau Amie masak begini dia segan-segan nak makan sebab tak biasa makan) sampai habis 3 ekor ikan dimakan sendiri. Lepas tu mencari lagi kuahnya kalau ada baki di dapur! Fuad & Fairuz tak ada masalah…. masing-masing makan 2 ekor!

 

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.