Home / Semasa / Terkini, Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki D4d4h. Ini Hukvman Yang Bakal Dikenakan

Terkini, Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki D4d4h. Ini Hukvman Yang Bakal Dikenakan

Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai ‘Tauke Jambu’ & empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki d4dah jenis ketamin.

Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 & Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tdk bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini, pada 2.40 pagi, 10 April lalu.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama & dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yg memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Zamatul Amri yg tdk diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas & ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin & menetapkan 9 Jun ini utk sebutan semula kes.

Pelawak, Tauke (Jambu) atau Zamatul Amri Zakaria, mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.

Pelawak berusia 45 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yg diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, petang Sabtu.

“Kepada yg tdk puas hati, memang aku ditahan utk bantu siasatan & aku telah pun memberikan kerjasama yg sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, pelawak itu menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu k3rana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia utk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai & empat telefon pintar.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Rahsia Bagaimana Masyarakat Cina Di Malaysia Bina Kekayaan Mereka | Article Update

Memang tdk dapat dipertikaikan lagi, kekayaan masyarakat Cina di Malaysia amat mengagumkan. Lihat saja senarai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.