Home / Inspirasi / “Berair Mata Saya Dengar Keikhlasan Dia. Hebat kakak Ni, Tak Pentingkan Diri Langsung, Susah Nak Jumpa Orang Macam Ni Zaman Sekarang

“Berair Mata Saya Dengar Keikhlasan Dia. Hebat kakak Ni, Tak Pentingkan Diri Langsung, Susah Nak Jumpa Orang Macam Ni Zaman Sekarang

RAKAMAN memaparkan seorang wanita berusia yg terbaring dalam ruang tepi sebuah motosikal roda tiga meraih perhatian ramai pada Ahad.

Netizen menzahirkan rasa p1lu akan kesusahan yg dihadapi wanita itu apabila dia terp4ksa berpanas di bawah terik mentari ketika menaiki motosikal berkenaan.

Malah, penunggang motosikal tersebut turut diberi pujian k3rana menggunakan sebuah beg kecil utk melindungi wajah wanita berusia itu daripada terkena cahaya matahari.

Video:

@shihanizam

Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral ???? saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.??

#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fyp?

? Huwannur – SHOLAWAT MUSIC PRO

Hari ini, penunggang motosikal dalam video viral itu tampil bersuara utk memberi penjelasan sebenar mengenai video tular tersebut.

Dia yg turut dikenali sebagai Hijrah Soleh menerusi TikTok mendedahkan wanita berusia dalam video berkenaan merupakan ibu saudaranya.

Video:

@anaz_aziz Balas kepada @aad1145 ni yg tanpa muzik…jom suppot pn yati di tt👍👍 #hijrahsoleh1#akakviral #fypterengganu #fyp ♬ bunyi asal – ANAS_AZIZ

Penjelasan itu sekaligus menoktahkan spelukasi netizen pada Ahad yg menyangka dia menaiki motosikal bersama ibu kandungnya.

“Saya bangun pagi tadi, sambil nak buka telefon tengok order aiskrim, saya sempat tengok status yg customer share. Jadi saya terpandang satu status, saya nampak macam gambar saya.

“Saya kata, Allah… sebab semalam saya baru balik dari hantar aiskrim & pergi ke Amway utk membeli barang customer order. Jadi itu yg saya lalu dekat traffic light nak naik ke Jambatan angkat.

Aiskrim potong yg dijual Soleh.

“Sebenarnya yg saya bawa tu mak saudara saya. Dia lahir tahun 1957. Dan dia Alhamdulillah tiada (masalah) kesihatan ap4-ap4 lah, dia memang Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir.

“Dan dia mak saudara saya, bukan ibu saya. Alhamdulillah mak dengan ayah saya sihat. Tapi kalau siapa jumpa, bolehlah tegur, InsyaAllah tiada masalah,” ujarnya.

Saya pun minta maaf, saya tak boleh terima bantuan sebab ada lagi yg lebih layak daripada saya. Saya bukan sombong.

HIJRAH SOLEH

Menurut wanita yg senang disapa Soleh itu, dia berharap penularan video tersebut dapat dihentikan memandangkan maklumat peribadinya turut tersebar secara meluas.

“Jadi saya memang betul-betul harapkan netizen utk stop sharing benda ni sebab dah melibatkan nama penuh saya, alamat & juga kad pengenalan saya,” ujarnya yg turut menjalankan perniagaan aiskrim potong.

Tambah Soleh, dia peka dengan usaha murni netizen yg mahu menyalurkan bantuan, namun meminta agar ia diberikan kepada insan-insan lain yg lebih memerlukan.

“Alhamdulillah rezeki yg Allah bagi tu, syukur Alhamdulillah cukup utk saya & mak saudara saya. Dan saya minta kalau ada lebihan kewangan tu, carilah orang yg betul-betul memerlukan.

“Cuma kalau nak support saya, saya minta support perniagaan saya. Buat masa ni saya aktif di TikTok, TikTok Hijrah Soleh 1. Jadi kat situ ada link utk WhatsApp order. Sebab bulan puasa ni kita tak boleh nak menjaja jadi kita buka utk pakej infaq.

Netizen sayu melihat video yg tular pada Ahad.

“Jadi sesiapa yg nak infaq, sebab saya pun ada beberapa tempat asrama anak yatim & pusat tahfiz, tempat-tempat NGO yg memerlukan, terbuka utk menerima sumbangan berbuka aiskrim, jadi boleh contactlah utk kita infaq.

“Saya pun minta maaf, saya tak boleh terima bantuan sebab ada lagi yg lebih layak daripada saya. Saya bukan sombong. Saya memang berterima kasih utk semua netizen yg cakna, ambil berat, memang bagus semualah. Ramai yg contact saya.

“Cuma saya minta bantuan tu, cari orang yg betul-betul memerlukan. Ramai lagi, InsyaAllah bulan puasa, ramai lagi yg memerlukan, masih terkesan dengan C0v1d-19, masih belum dapat kerjaya yg stabil, yg banj1r, itu saja yg saya minta.” ujarnya.

Video penjelasan Soleh mengenai penularan kisah dia ibu saudaranya dikongsi menerusi media sosial & turut menerima pujian netizen.

“Alhamdulillah, seorang yg jujur, baik hati & ikhlas. Semoga dimurahkan rezeki utk akak tersebut.

“Berair mata saya dengar keikhlasan dia. Hebat kakak ni, tak pentingkan diri langsung.

Sumber: mStar

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.