Home / Semasa / Dua Lagi Kes Dikesan Ada Kaitan Dengan Penemuan Rangka, Mayat Di Seremban Cetus Persoalan Netizen | Article Update

Dua Lagi Kes Dikesan Ada Kaitan Dengan Penemuan Rangka, Mayat Di Seremban Cetus Persoalan Netizen | Article Update

Makin misteri apabila satu demi satu kes dibongkar polis melibatkan tiga suspek bersaudara yg ditahan reman berhubung kes penemuan mayat wanita dalam gaung & cebisan rangka kanak-kanak di Seremban.

Kali ini ia melibatkan kes penderaan melibatkan mangsa seorang wanita berusia 35 tahun & seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan, menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof.

Beliau berkata perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek utama berusia 41 tahun yg masih dalam tahanan reman polis itu.

“Pihak polis menyiasat secara menyeluruh & menimbulkan kes penderaan terhadap mangsa seorang wanita warga tempatan & seorang kanak-kanak.

“Kedua-dua mangsa kini masih menerima rawatan & lokasinya dirahsiakan,” katanya.

Polis juga mengesyaki mangsa wanita merupakan ibu kepada penemuan rangka kanak-kanak perempuan yg ditemui di Taman Bukit Zamrud.

Menurut sumber, semua kes dalam proses pengumpulan bukti utk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 & Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)Akta Kanak-Kanak 2001.

Dua Kes Kaitan Penemuan Mayat Rangka Di Seremban

Terdahulu, pada 21 Mac seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yg sedang berjoging terkejut apabila menemui mayat wanita tanpa identiti ketika cuba merakam gambar di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus.

Susulan kejadian itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 & 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun yg mempunyai talian persaudaraan ditahan bagi membantu siasatan.

Kemudian, pada 7 April Polis menemukan rangka membabitkan tengkorak, gigi geraham & cebisan tulang yg dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud.

Melihat pada rentetan kes ini telah mencetuskan pelbagai persoalan apakah kisah di sebalik kes pembunuhan bersiri ini & ditambah pula dengan terbongkarnya kes penderaan melibatkatkan suspek utama.

Sumber: Awani, Berita Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.