Home / Inspirasi / Kisah Di sebalik Pasangan Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau & berpuasa Di Bulan Ramadan…

Kisah Di sebalik Pasangan Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau & berpuasa Di Bulan Ramadan…

Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau, Puasa Di Bulan Ramadan…Ini Kisah Di sebaliknya Yang Menyentuh Hati. Pasangan bukan Islam ini juga mengatakan perbezaan agama & bangsa bukan menjadi penghalang utk mereka berbuat baik kepada agama & bangsa lain termasuk menyediakan kemudahan solat utk yg beragama Islam. Sudah tentu besar ganjaran disisi agama Islam sekiranya mereka seorang yg beragama Islam.

SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan & barangan bayi milik pasangan suami-isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan k3rana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat. Premis yg terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah Kuala Lumpur itu menyediakan surau lelaki & wanita lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan & orang ramai yg berkunjung ke pusat beli-belah itu mengerjakan solat.

Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win & Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu yg pada awalnya utk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yg jaraknya lebih jauh.

Ruang solat ini dibina sejak 13 tahun lalu

Lee, 63, berkata, sejak itu juga surau tersebut mula menjadi tumpuan pelanggan & pekerja pusat beli-belah itu yg ingin tumpang solat sebelum dia & isterinya mengambil keputusan membukanya kepada orang ramai. “Niat asal k3rana ingin memudahkan pekerja saya solat tetapi tdk sangka pula surau itu mendapat perhatian bukan sahaja pekerja di pusat beli-belah ini tetapi pengunjung pusat beli-belah yg datang.

“Sudah tentu saya gembira surau yg kami buat itu boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai orang & bersyukur dapat bantu orang Islam solat apabila masuk waktu,” katanya yg menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 2000. Saya tdk pernah menganggap kedatangan mereka utk solat sebagai menggangu perniagaan kami.

Lee memberitahu surau yg dibina itu asalnya adalah tempat mempamerkan barang jualan, namun mengambil keputusan mengubahnya kepada dua bilik utk menempatkan surau lelaki & wanita. Boleh memuatkan dua ke tiga orang pada satu-satu masa, Lee memberitahu dia turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi utk menjaga aurat kaum wanita.

“Tiga tahun lalu saya buat pengubahsuaian pada lantai yg sebelum ini menggunakan karpet kepada jubin k3rana lebih mudah dijaga & diselenggara.

Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk. “Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat & telekung bagi memudahkan pengunjung,” ujarnya. Meskipun negara sedang dilanda pandemik, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wab4k.

Malah orang ramai yg menggunakan surau itu juga patuh dengan SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri. Sementara itu, Yong, 52, pula memberitahu dia tdk pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yg ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.

Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum & agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.

“Saya tdk pernah menganggap kedatangan mereka utk solat sebagai mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tdk buka surau itu utk kegunaan awam. Apa kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat & ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” ujarnya.

Lee Chee Win & Yong Siew Ching membuka perniagaan mereka di Pandan Kapital sejak tahun 2000Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah yg kini berusia 37 tahun.

Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.

“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik & saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

Pasangan ini menjual pelbagai barangan mainan kanak-kanak, permainan video & barangan bayi“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat & menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin & mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yg mempunyai tiga anak kandung. Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan. Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya & tdk pernah menganggap cucunya itu sebagai orang luar.

Bersama anak angkat mereka Nik Aliza“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin & Hakka. Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama & mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepupu mereka yg lain.

“Saya tdk pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang & hormat menghorm4ti sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mediakini.bbn.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu ‘Traffic Jam’ Melamp4u, Kerajaan Pertimbang Untuk Laksanak4n Caj Kesesakan

Keadaan trafik dan lalu lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama. sekali di beberapa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.