Home / Semasa / Kisah Luqman Al-Hakim Dan Perangai Manusia Yang Toksik | Article Update

Kisah Luqman Al-Hakim Dan Perangai Manusia Yang Toksik | Article Update

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia yg berperangai toksik memang ada di mana-mana sejak dari dulu lagi sehingga ke hari ini.

Setiap hari, ada saja golongan yg gemar menyebarkan berita negatif mengenai orang lain seterusnya memuat naik konten tersebut utk menjadikannya viral di media sosial.

Segelintir golongan netizen pula akan muncul beramai-ramai utk menghentam & membuli dengan kata-kata kasar & tdk beradab kononnya utk sama-sama memberi pendapat & pandangan.

Satu perkongsian mengenai kisah Luqman al-Hakim yg berhadapan dengan golongan toksik telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Firdaus Musa melalui hantarannya berikut.

Kisah ini memang sesuai utk dijadikan pengajaran & iktibar pada ketika ini buat golongan pembuli siber yg gemar menghukum orang lain tetapi hanya berani berselindung di sebalik papan kekunci.

Jom baca kisah menarik Luqman al-Hakim & golongan toksik ini.

Luqman al-Hakim

Luqman al-Hakim pernah bawa anaknya dengan seekor keldai melalui pasar awam tempat tumpuan orang. Beliau tunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki.

“Apa punya orang ni, anak dibiarkan jalan kaki bersusah payah, bapaknya bukan main senang lenang tunggang keldai”. Antara bawangan orang awam yg nampak kejadian itu.

Setelah beberapa ketika, si ayah pula berjalan kaki & menaikkan anaknya menunggang keldai.

“Apa punya anak dibiarkan ayahnya yg tua berjalan kaki, sedangkan anaknya senang lenang berehat atas keldai, biadab!” Kata-kata membawang orang awam yg melihat kejadian itu. Pedih bagai dihiris-hiris.

Satu ketika beliau & anaknya pula menunggang & mengendalikan keldai.

Tetap juga ada suara-suara sumbang mengulas;

“Kesian keldai tua tu. Dengan bawa dua orang, siap dengan beban lagi, ap4 punya jenis manusia la dia orang ni, tak ada perikemanusiaan betul!”

Tak lama kemudian, kedua-duanya berjalan kaki membawa barangan & membiarkan keldai berjalan tanpa membawa beban.

“Dah ada keldai, tak nak pula ditunggang, dibiarkan kosong, tuannya pula berjalan kaki”.

Pengajaran: Pandangan manusia ini lemah. Manusia ni kau buat ap4 pun tetap akan ada & tak terhindar dari pandangan & pendapat yg toksik & berbeza.

Berapa ramai dari kita kongsi perkara di FB yg kita rasakan betul & perlu tetapi akhirnya kita sebenarnya yg salah?

Berapa banyak sudah kita menghukum & memberikan pandangan terhadap perbuatan seseorang di media sosial & hanya mengambil kira pendapat & logik sendiri tanpa memikirkan sebarang sebab & kemungkinan?

Kawan, ini bulan puasa. Bulan kita kumpul pahala. Sekalipun tak puasa jangan pula berbangga. Kalau berpuasa tapi tiada jiwa agama pun tak jadi juga.

Buat ap4 pun biar berpada, sesekali kita cuba jadi masyarakat yg berjiwa mulia.

Sebab manusia ni mendongak tinggi ke langit sekalipun, pengakhirannya kita tetap ke tanah juga.

Sumber: Facebook Firdaus Musa

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.