Home / Semasa / Pelakon Terkenal Ben Amir Diarah Bayar Denda RM100k Dan Ini Akibatnya Sekiranya Dia G4gal Bayar

Pelakon Terkenal Ben Amir Diarah Bayar Denda RM100k Dan Ini Akibatnya Sekiranya Dia G4gal Bayar

Kes saman sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Sweet Drems, Ben Amir selesai hari ini selepas pihak-pihak terlibat bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Antara terma penyelesaian tersebut ialah, Ben Amir atau nama Muhammad Amir Sabaruddin, 32, bersetuju membayar RM100,000 kepada syarikat Elisa Vision Sdn. Bhd.

Perintah persetujuan penyelesaian tersebut direkodkan  Hakim Tasnim Abu Bakar pada prosiding yg sepatutnya hari pertama perbicaraan kes saman tersebut.

Elisa Vision selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Ben Amir yg dinamakan sebagai defendan selepas pelakon lelaki tersebut melanggar perjanjian apabila defendan enggan meneruskan penggambaran drama bertajuk ‘Demi’.

Menurut perjanjian penyelesaian tersebut, finalis Hero Remaja 2011/2012 itu akan membayar RM100,000 secara ansuran selama lima kali bayaran bermula 10 Mei ini.

“Jika defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, defendan perlu menbayar jumlah asal yg dituntut oleh plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477. Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yg dikemukakan terhadap plaintif,” kata hakim itu.

Selepas tamat prosiding, Ben Amir ketika ditemui di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen lanjut & hanya menyatakan ‘selesai secara baik’.

Sementara itu, penerbit Elisa Vision, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain ketika ditemui pula mengucapkan rasa syukur k3rana kes tersebut diselesaikan secara baik.

“Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia di atas ap4 yg berlaku. Bagi saya, ini berkat Ramadan. Dia pun orang yg baik & saya tiada masalah dengannya k3rana semua sudah selesai,” katanya.

Menurut penyataan tuntutan, Ben Amir ditawarkan utk watak Dr. Faizul dalam drama bertajuk ‘Demi’ & menandatangani kontrak pada 31 Januari 2020.

Ben Amir dijadual  terlibat dengan penggambaran sebanyak 13 hari yg melibatkan beberapa lokasi di tanah air & Scotland membabitkan 85 babak bagi tiga episod drama.

Ketika penggambaran di Scotland, pandemik Covid-19 mula melanda tetapi penggambaran diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga & mematuhi Prosedur Operasi Standrad (SOP).

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2020, Ben Amir telah pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan daripada plaintif secara sendiri & meninggalkan semua kru produksi serta pelakon-pelakon lain.

Plaintif mendakwa defendan tdk bertanggungjawab & mementingkan diri yg jelas melanggar perjanjian apabila defendan telah meninggalkan atau melanggar jadual produktiviti.

Atas dasar timbang rasa & mengambil kira ramai pihak yg terjejas, Elisa Vision menawarkan defendan utk meneruskan drama itu di Malaysia setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Plaintif berhasrat menyambung penggambaran drama itu di Malaysia 4 Januari 2021 hingga 14 Februari 2021. Bagaimanapun defendan melalui satu surat bertarikh 14 Oktober 2020 menerusi pihak pengurusannya SJ Global telah menyatakan keengganan utk menjadual tarikh baharu pengambaran.

Berikutan itu, plaintif melalui peguam telah mengingatkan defendan namun demikian, defendan masih gagal menjadual semula pengambaran drama tersebut.

Akibat daripada kegagalan defendan berbuat demikian, plaintif telah mengalami kerugian. Justeru plaintif menuntut ganti rugi RM211,477 & faedah 5 peratus setahun.

Sumber: UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Nasi Goreng USA Dipesan Ada Lalat, Tapi Sikap Pekerja Ini Buatkan Pelanggan Tak Serik Nak Datang Lagi | Article Update

Mereka yg sering menjamu selera di kedai makan atau restoran pasti pernah mengalami insiden yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.