Home / Semasa / Siak meninggal dunia dalam keadaan bersujud | Article Update

Siak meninggal dunia dalam keadaan bersujud | Article Update

SHAH ALAM: Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yg juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yg meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Difahamkan, beliau yg dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tdk bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yg dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yg turut memaparkan gambar jasad arwah yg sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yg menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yg diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yg beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yg penuh keampunan.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi individu yg dipercayai imam surau berkenaan, Sukor Atan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan gagal k3rana beliau tiada di rumah.

Tanda-tanda orang yg meninggal dalam keadaan baik atau husnul khatimah

Ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya apakah tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah).Di sini saya akan meringkaskan tanda-tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan baik serta beberapa potongan doa utk mendapatkan pengakhiran baik berdasarkan hadis baginda Rasulullah:

1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia – Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yg akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. – [HR Abu Daud 3316].

2. Meninggal pada hari atau malam Jumaat – Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yg meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. – [HR Al-Tirmidzi 1074].

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya – Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. – [HR al-Tirmidzi 982].

4. Seseorang diberikan taufiq & hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia – Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya utk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. – [HR al-Tirmidzi 2142].

5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yg berkaitan dengan perut – Sabda Rasulullah: Sesiapa yg mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. – [HR Muslim 1915].

6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan & syahid di jalan Allah SWT – Sabda Rasulullah: Orang yg mati syahid itu ada lima iaitu orang yg meninggal k3rana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yg jatuh daripada bangunan atau tebing & syahid di jalan Allah. – [HR al-Bukhari 652].

7. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak – Sabda Rasulullah: Seorang muslim yg terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian k3rana sakit perut, mati lemas & seorang wanita yg meninggal dunia k3rana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. – [HR Ibn Kathir 5869].

8. Meninggal dunia k3rana mempertahankan harta & maruah dirinya – Sabda Rasulullah: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yg hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!” “Bagaimana kalau dia melawanku?” Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!” “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid.” “Bagaimana kalau aku yg membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” – [HR Muslim 140].

9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh – Sabda Rasulullah: Barangsiapa yg mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas k3rana mencari keredaan Allah SWT, & diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yg berpuasa pada suatu hari k3rana ingin mencari keredaan Allah SWT, & diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yg bersedekah ikhlas k3rana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” – [HR Ahmad 23372].

10. Meninggal disebabkan penyakit taun – Sabda Rasulullah: dari ‘Aisyah berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yg Allah kirimkan kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yg menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala & mengetahui bahawa dia tdk terkena musibah melainkan k3rana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yg mati syahid”. [HR Bukhari 3215]

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.