Home / Semasa / Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan KWSP Sebelum Bersara, Kata Datuk Seri Amir Hamzah

Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan KWSP Sebelum Bersara, Kata Datuk Seri Amir Hamzah

Buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tdk bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ap4 yg utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat utk membina semula simpanan hari tua pencarum.

Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar & i-Citra.

“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yg saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan utk pekerja yg sudah bersara.

“Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan utk hari tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 selain mengumumkan dividen, di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, data pekerja & Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.

“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).

“KWSP akan terus fokus dengan mandat utk membina simpanan hari tua pencarum.

“Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” katanya.

Terdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yg sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

“i-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 & i-Citra berjumlah RM21.4 bilion utk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.

“Jumlah keseluruhan pengeluaran utk ketiga-tiga skim dianggarkan RM110 bilion,” katanya.

Berdasarkan rekod, katanya, seramai 7.3 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu atau semua skim berkenaan.

Menurutnya, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan k3rana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.

“Orang tua tak cukup simpanan utk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yg menjadi kebimbangan kami di KWSP.

“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yg ramai.

“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan utk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tdk lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.

Beliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.

Semalam, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, hal ini k3rana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber: metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.