Home / Semasa / Wanita dulu berhijab kini tanggal, Da’i Farhan harap diberi hidayah – “Balik ke pangkal jalan..”

Wanita dulu berhijab kini tanggal, Da’i Farhan harap diberi hidayah – “Balik ke pangkal jalan..”

Lama tdk mendengar khabar berita mengenai pendakwah bebas, Da’i Farhan yg mula menyepi sejak tahun lalu selepas melalui pelbagai kontroversi berhubung isu rumah tangganya.

Terbaru menerusi temu bual mStar Online, pendakwah berusia 32 tahun itu menyifatkan Ramadan adalah bulan terbaik bagi umat Islam memperbaiki kekurangan sekali gus bermuhasabah diri masing-masing.

“Ramadan bulan penyucian hati kita. Jadi kita ambil peluang perbaiki keperibadian kita mengikut Nabi Muhammad SAW.
“Mudah-mudahan yg belum dapat jodoh, dikurniakan pasangan baik. Begitu juga dengan zuriat, diperoleh zuriat yg baik-baik. Teruskan berdoa & berikhtiar, Allah akan bagi tepat pada waktunya,” katanya.

Ditanya mengenai bekas isteri Dr Erin didakwa sudah tdk berhijab, juara program realiti Dai musim kedua itu mendoakan golongan wanita yg dahulu pernah bertudung & kini membuka hijab supaya kembali ke pangkal jalan.

“Mudah-mudahan diberikan hidayah semua sekalilah… (nasihat) ini kepada sesiapa sahaja utk kembali ke pangkal jalan & berada dalam rahmat Allah.
“InsyaAllah… Allah maha pengampun, saya sendiri pun ada kekurangan semoga kita semua diampunkan dosa.
“Kita jadikan bulan ramadan sebagai madrasah tarbiyah utk didik diri kita jadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Farhan & Erin yg juga ibu tunggal anak lapan pernah berkahwin di Mekah pada November 2019 dipercayai secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Pendakwah tersebut kemudian menceraikan Fatin yg sarat hamil anak kedua mereka dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Namun, hubungan dengan Erin hanya bertahan selama lima bulan sebelum dia kembali bernikah semula dengan Fatin pada 1 Syawal tahun lalu.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.