Home / Semasa / Banyak Lagi Belum Selesai, Peguam Jelaskan Kenapa OKT Dipenjarakan | Article Update

Banyak Lagi Belum Selesai, Peguam Jelaskan Kenapa OKT Dipenjarakan | Article Update

Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Orang Kena Tuduh (OKT), seorang kerani wanita dipenjara enam tahun & didenda RM6,000 k3rana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Febuari 2017.

Kehilangan nyawa remaja yg berumur antara 13 hingga 17 tahun di tempat kejadian selepas dirempuh oleh pemandu wanita tersebut memang tdk dinafikan sangat tragis & menyedihkan.

Namun, ramai pula yg musykil k3rana walaupun dibebas & dilepaskan sebelum ini, kini wanita tersebut akhirnya diperintahkan pula utk menjalani hukuman penjara.

Laman Facebook The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad yg sebelum ini sering membuat hantaran & penerangan mengenai isu-isu perundangan semasa dalam bahasa yg mudah difahami telah membuat ulasan mengenai isu ini.

Dengan slogan ‘Kami Terangkan Sampai Anda Faham’, berikut merupakan hantaran yg dibuat oleh The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad bagi membantu orang ramai memahami dengan lebih jelas kes rumit yg menggemparkan negara ini.

Basikal Lajak

Basikal lajak; masih belum selesai

Kes semalam berkaitan basikal lajak ni sebenarnya mempunyai banyak hal teknikal & prosedural utk dijelaskan. Kami cuba mudahkan utk anda.

Pertama, pertuduhan ni bukan hal bunuh. Ia kes memandu secara melulu hingga akibatkan kematian. Yang ni kena faham dulu.

Kedua, kes ni dibicarakan di Mahkamah Majistret. Semua kes boleh dibuat rayuan sehingga dua kali. Kalau tak mahu merayu pun boleh. Itu hak pihak yg terlibat.

Untuk faham kronologi kes ni, kena faham yg mahkamah jenayah ni perbicaraan dia ada dua peringkat. Peringkat pertama yg kita selalu dengar prima facie tu. Peringkat prima facie ni, hanya saksi bagi pihak pendakwaan akan dipanggil.

Hujung prima facie, hakim atau majistret akan bagi keputusan sama ada wujud kes utk dijawab. Apa benda ni? Bahasa mudah, lepas dengar semua saksi pendakwaan, hakim puas hati atau tak yg memang dah hampir pasti dia buat salah. Belum pasti, hampir pasti. (Ini bukan definisi sebenar, ini hanya utk memudahkan pembaca yg tak ada latar belakang undang-undang faham). Kalau tak ada kes, OKT bebas.

Kalau hakim puas hati ada kes, dia akan arahkan perbicaraan peringkat kedua. Peringkat ni dipanggil pembelaan. Peringkat ni saksi-saksi dari side Orang Kena Tuduh akan dipanggil. Lepas dengar saksi-saksi ni, hakim akan putuskan semula sama ada memang OKT salah atau tak salah.

Faham setakat ni? Tak faham kena baca balik.

Dalam kes basikal lajak ni, pada peringkat prima facie, Majistret dapati tak ada kelalaian dalam pemanduan & bebaskan OKT. Pendakwa raya buat rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi kata sepatutnya kena panggil bela diri. Jadi kes dipulangkan kepada Majistret.

Lepas pembelaan, Majistret masih dapati tak salah. Maknanya tak ada kelalaian, tak ada memandu melulu. Majistret bebaskan sekali lagi. Pendakwa raya merayu lagi sekali.

Sebab tu la kes ni bebas dah dua kali.

Tapi di Mahkamah Tinggi, Hakim dapati ada pemanduan melulu yg bahaya. Mengikut laporan berita, hakim nyatakan ada elemen melulu. Untuk kepastian, kita kena tunggu Alasan Penghakiman oleh Yang Arif Hakim.

Dalam konteks ni, pertikaian masyarakat ialah ‘lepas ni jalanraya kena bagi kat basikal lajak, kita naik tikar terbang’ & ‘siapa suruh bawa basikal pukul 3’.

Baik, kita sekalikan dua-dua ni.

Bila tuduhan memandu melulu, lalai, cuai & yg seangkatan, kita kena fokus pada elemen pertuduhan dulu. Ada tak tindakan seperti yg dituduh?

Ye la, ada budak-budak main basikal tak cukup sifat atas jalan yg dah macam highway, tapi yg dibicarakan ialah standard pemanduan. Jika pemandu memandu ikut standard yg sewajarnya, adakah kemalangan seperti itu akan berlaku?

Dalam hal macam ni juga, wajar dipertimbangkan keadaan jalan, cuaca, kedudukan mangsa sama ada tersembunyi atau jelas, kenderaan mangsa sama ada boleh dilihat, banyak lagi. Semua ni perlu dibangkitkan & dipertimbangkan.

Ni belum masuk bab prosedur contohnya sama ada saksi hadir, bukti diterima atau tak, kenyataan OKT dibuat macam mana. Banyak hal prosedur & teknikal yg boleh mempengaruhi dapatan kes.

Adakah kes ni dah selesai? Dah rayuan dua kali kan?

Tak, kes ni rayuan atas keputusan akhir kes baru sekali. Maknanya boleh merayu lagi ke Mahkamah Rayuan.

Dah tu kenapa terus kena penjara? Kenapa N tak kena? Ini double standard.

Ini kita panggil isu undang-undang. Prosedur rayuan ke Mahkamah Rayuan utk kes yg berasal dari Majistret ni ada syarat. Syarat dia, kena mohon kebenaran dulu dari Mahkamah Rayuan. Maknanya ada satu step tambahan berbanding kes yg berasal dari Mahkamah Tinggi.

Benda ni yg belum ada. Peguam tak boleh mohon izin ni selagi kes belum diputuskan. Bila dah putus, nak mohon makan masa berhari juga.

Itu alasan Mahkamah tinggi tak bagi penangguhan lagi. Mungkin bila dah ada nanti, penangguhan akan dibenarkan. Itu pun jika syarat-syarat dipenuhi & atas penilaian Hakim.

Memang ada hujah & perbezaan pendapat atas hal tu, tapi kita cerita lain kali. Akademik sangat nanti.

Okey, lepas ni ap4 pulak?

Berdasarkan berita, akan ada rayuan dari pihak pemandu. Mungkin juga ada rayuan silang dari pihak pendakwa raya. Rayuan silang ni maknanya ada rayuan dari pihak yg satu lagi.

Laaa… pendakwa raya nak buat ap4 lagi? Kan dah menang rayuan?

Rayuan ni tak terhad kepada yg kalah je. Pendakwaan boleh merayu utk naikkan hukuman. Kalau dia tak puas hati atas hukuman yg diputuskan.

Pesan kami,

Untuk geng basikal lajak & sekutu; Keputusan kali ni tak beri hak total kepada korang utk buat suka hati atas jalan.

Untuk driver kenderaan bermotor; Hati-hati, pastikan korang ikut standard pemanduan yg ditetapkan.

#tlcrf#thelawchambersofRedzuanandFaiezad

Sumber: Facebook The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.