Home / Semasa / “Hormatlah Kptusan Mhkamah”- Teruk Dikec4m, Ibu Mngsa Basikal Lajak Enggan Kenang Masa Lalu, Mahu ‘Move On’

“Hormatlah Kptusan Mhkamah”- Teruk Dikec4m, Ibu Mngsa Basikal Lajak Enggan Kenang Masa Lalu, Mahu ‘Move On’

KATIL dikemas rapi seperti ada orang yg akan tidur pada waktu malam, pakaiannya juga tersusun cantik dalam almari.

Namun hakikatnya, tiada siapa yg akan tidur di atas katil itu selepas Mohamad Azhar Amir yg berusia 16 tahun meninggal dunia dalam kemalangan.

Anak Shabariah Yusoff & tujuh penunggang basikal lajak yg lain maut dalam kemalangan pada tahun 2017.

“Mohamad Azhar adalah yg paling rapat dengan saya & paling manja antara semua anak saya.

“Sebelum Hari Raya setiap tahun, dia menemani saya ketika saya pergi membeli-belah & menjadi pembantu saya ketika membakar kuih raya.

“Selepas kematiannya, saya berhenti membuat biskut & tdk lagi memasak k3rana apabila saya membuat masakan asam pedas kegemarannya, saya teringat kepadannya,” ujarnya yg pernah bekerja di tempat pembuangan sampah selama tiga tahun pertama.

Menurut wanita itu, dia mahu meneruskan hidup selepas pemandu yg terlibat dalam kemalangan itu sudah dijatuhkan hukuman.

Malah, ibu tunggal kepada sembilan anak itu merayu agar kritikan tdk dilemparkan kepada keluarga-keluarga mangsa.

“Sejak kemalangan pada 2017, keluarga saya & keluarga mangsa lain menerima banyak kritikan daripada orang ramai terutama netizen k3rana membiarkan anak kami keluar berbasikal di tengah malam.

“Saya difahamkan pemandu wanita itu juga menerima banyak kecaman orang ramai.

“Saya harap orang ramai dapat menghormati keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permas Jaya, Johor.

Selepas kematian Mohamad Azhar, anak-anaknya yg lain tdk membenarkannya melihat media sosial yg dipenuhi dengan komen negatif mengenai keluarga mangsa.

“Sebagai seorang ibu yg kehilangan anaknya, saya berasa sakit. Mereka yg mengkritik saya tdk tahu bagaimana rasanya berada di tempat saya,” katanya.

Pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun & denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting, 27, k3rana memandu secara melulu, yg menyebabkan kematian sekumpulan remaja di Jalan Circle Dalam pada 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.

Selain Mohamad Azhar, tujuh lagi remaja ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; & Haizad Kasrin, 16.

“Dengan dorongan daripada kakak sulung saya di Kelantan & anak-anak saya yg lain, saya perlahan-lahan mula menerima kematian anak saya & saya bercadang utk berhenti mengenang masa lalu,” katanya

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Nasi Goreng USA Dipesan Ada Lalat, Tapi Sikap Pekerja Ini Buatkan Pelanggan Tak Serik Nak Datang Lagi | Article Update

Mereka yg sering menjamu selera di kedai makan atau restoran pasti pernah mengalami insiden yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.