Home / Semasa / Ibu mangsa basikal lajak berhenti memasak, selalu teringat arwah anak | Article Update

Ibu mangsa basikal lajak berhenti memasak, selalu teringat arwah anak | Article Update

Shabariah Yusoff, ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir, 16, yg maut dalam kemalangan bersama tujuh rakannya ketika bermain basikal lajak di lebuh raya pada jam 3 pagi, 2017, meminta orang ramai menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yg menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Sam Ke Ting k3rana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Ibu tunggal kepada sembilan anak itu juga merayu netizen berhenti dari terus melemparkan kritikan terhadap keluarga-keluarga mangsa sehingga anak-anak menghalangnya dari melayari media sosial yg dipenuhi dengan komen-komen negatif.

“Sebagai seorang ibu yg kehilangan anaknya, saya berasa sakit. Mereka yg mengkritik saya tdk tahu bagaimana rasanya berada di tempat saya.

“Sejak kemalangan pada 2017, keluarga saya & keluarga mangsa lain menerima banyak kritikan daripada orang ramai terutama netizen k3rana membiarkan anak kami keluar berbasikal di tengah malam.

“Saya difahamkan, pemandu wanita itu (Sam Ke Ting) juga menerima banyak kecaman orang ramai. Saya harap orang ramai dapat menghormati keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya memetik laporan dari The Star.

Shabariah mengakui, sejak kehilangan anak lelakinya yg paling manja itu, dia berhenti membuat biskut & tdk lagi memasak asam pedas kegemaran arwah k3rana sering teringat kepadanya.

“Dialah yg paling rapat dengan saya & paling manja antara semua anak saya. Sebelum Hari Raya setiap tahun, dia menemani saya ketika saya pergi membeli-belah & menjadi pembantu saya ketika membakar kuih raya.

“Selepas kematiannya, saya berhenti membuat biskut & tdk lagi memasak k3rana apabila saya membuat masakan asam pedas kegemarannya, saya teringat kepadanya.

“Dengan dorongan daripada kakak sulung saya di Kelantan & anak-anak saya yg lain, saya perlahan-lahan mula menerima kematian anak saya & saya bercadang utk berhenti mengenang masa lalu,” ujarnya.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman enam tahun penjara & denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Circle Dalam pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Sumber: The Star

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.