Home / Semasa / Peguam Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding Peguam Siti Bainun | Article Update

Peguam Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding Peguam Siti Bainun | Article Update

Isu berkaitan kes penderaan yg dialami kanak-kanak istimewa, adik Bella kembali hangat sejak minggu lalu apabila satu persatu laporan baharu yg diceritakan saksi.

Kes ini difahamkan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa tempatan. Bagi yg mengikuti kes, pastinya perasaan bercampur baur terhadap ap4 yg dilaporkan menerusi media mahupun pihak awam yg berkongsi pengalaman mengikuti kes perbicaraan tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila salah seorang peguam yg mewakili pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun memuat naik status memilih utk mempercayai versi klien & membiarkan pihak mahkamah menentukan keputusan.

Dalam pada itu, dia juga memuat naik sekeping foto di media sosial yg memaparkan barisan peguam mewakili Siti Bainun.

Tindakan peguam tersebut mendapat kritikan netizen k3rana dianggap bersikap tdk profesional dalam mengendalikan kes besar ini.

Perkara ini juga menimbulkan persoalan netizen, walaupun ramai peguam yg dikenali menerusi media sosial memperjuangkan kes Bella tetapi tdk bersama mewakili pihak pendakwaan.

Seorang peguam yg sering mengulas isu tular di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor tampil memberi penjelasan apabila disoal tiada kehadirannya sebagai pihak pendakwaan.

“Kenapa puan tdk mewakili Bella bersama dengan team pendakwaan? Baru nampak ramai & kuat”.

Saya terangkan prosedurnya. Ini kes jenayah. Berbeza dengan kes sivil.

Kes sivil menuntut ganti rugi & lain-lain terhadap dua pihak. Contoh Plaintif tuntut dari Defendan ganti rugi & injunksi.

Jadi Plaintif yg menuntut diwakili peguam & Defendan yg dituntut ada peguamnya. Jadi saya boleh wakili salah satu, sama ada Plaintif atau Defendan.

Bagi kes jenayah, memandangkan kesalahan melibatkan kepentingan awam. Perbuatan jenayah ini, kalau ramai-ramai buat maka memberi kesan kepada keamanan negara.

Jadi yg menyiasat kes adalah polis. Kemudian selepas mendapat izin dakwaan, kes akan dimulakan di mahkamah & yg mewakili itu adalah pendakwaraya.

Siapa itu pendakwaraya? Mudah kata, bahasa mudah hendak faham iaitu Peguam Negara. Peguam Kerajaan. Mereka bukan peguam swasta. Mereka memang dilantik utk mewakili pertuduhan & prosiding di mahkamah jenayah utk memastikan tertuduh dihukum secara penjara atau denda bagi memastikan keamanan dalam masyarakat.

Jadi dalam kes Bella, contoh peguam Tuan Mahmud Jumaat yg banyak membantu & memperjuangkan kes Bella dari awal, bukan kami tdk mahu membantu di mahkamah sama-sama mewakili kes Bella terhadap tertuduh tetapi kami tdk boleh. Kami bukan pendakwaraya.

‘Bella Degil, Suka Kacau Orang & Tak Dengar Kata’ – Kenyataan Pengasas Rumah Kebajikan Dibidas Sukarelawan 1

Perlu faham juga, kenapa pendakwaraya tdk update di media sosial tentang kes? Sebab etika & sebab mereka terikat dengan peraturan.

Jika gagal mematuhi peraturan, tindakan displin boleh diambil terhadap mereka. Kita semua pun tahu, larangan penjawat awam.

Kalau disuruh sebenarnya nescaya kami buat tetapi tdk boleh. Jangan salah faham, bukan tdk mahu mewakili. Kalau boleh itu, saya rasa bersusun peguam-peguam lain yg menyokong kes ini.

Jadi kami peguam-peguam yg bersama Bella, akan sentiasa berikan nasihat & sokongan.

Bagi tertuduh pula, mereka diwakili oleh peguam yg dilantik & bersetuju utk mewakili.

Begitu rupanya, semoga kes ini menang dipihak yg benar.

Sumber: Facebook Nor Zabetha

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.