Home / Semasa / Siakap bakar size sederhana dijual rm40”- Peniaga bazar Ramadan jangan ani4y4 pembeli

Siakap bakar size sederhana dijual rm40”- Peniaga bazar Ramadan jangan ani4y4 pembeli

TAHUN ini, Merak Jalanan tdk ketinggalan membeli juadah di bazar Ramadan. Maklum saja, sudah dua tahun tdk berkesempatan menikmati suasana tersebut disebabkan pandemik Covid-19.

Jika dua tahun lalu iaitu sebelum pandemik melanda, menu wajib Merak Jalanan beli di bazar Ramadan ialah ikan atau ayam bakar, kuih-muih, roti john, air kelapa, manakala satu lauk utk hidangan pada waktu sahur nanti.

Bawa RM50 sudah cukup utk hidangan sekeluarga.

Tapi Ramadan kali ini agak berbeza apabila dengan wang RM50, Merak Jalanan tdk lagi dapat beli hidangan semewah itu.

Merak Jalanan terkejut mendapati penjual ikan bakar menjual ikan siakap bersaiz sederhana dengan harga RM40. Jika saiz besar sikit, boleh cecah RM50. Ikan saiz kecil tdk pula dijualnya.

Merak Jalanan tahu, harga bahan mentah yg melambung menyebabkan peniaga menaikkan harga makanan yg dijual. Tapi ada pihak mendakwa, punca kenaikan harga mentah disebabkan pengeluar atau pemborong mengenakan caj tambahan seperti pengangkutan kepada peniaga & akhirnya kos tersebut terpaksa ditanggung pembeli.

Sebab itu, ada peniaga terpaksa menjual ayam sehingga RM10 iaitu melebihi harga maksima RM8.90 yg ditetapkan kerajaan. Peniaga tdk ada cara lain selain menaikkan harga.

Merak Jalanan tdk pasti sampai bila masalah rantaian ekonomi yg sudah lama berlarutan, akan selesai. Isu sama masih kedengaran, namun masih tiada penyelesaian efektif dapat dilakukan kerajaan.

Bila berkunjung ke bazar Ramadan, barulah Merak Jalanan sedar wang kita ketika ini tdk sama lagi nilainya berbanding dua tahun lepas. Bawa RM50 belum tentu cukup utk membawa pulang hidangan utk keluarga.

sumber : sinar harian

artikel selanjutnya

Peniaga bazar Ramadan jangan aniaya pembeli

JEJAKKAN kaki ke bazar Ramadan dalam fasa peralihan ke endemik merupakan satu perasaan yg sukar digambarkan.

Mana tidaknya, sudah dua tahun rakyat melalui pandemik Covid-19 hingga mengorbankan lebih 35,280 nyawa & kini tiba masanya rakyat perlu ‘bergembira’ utk menyambut Ramadan & Hari Raya Aidilfitri.

Melihat suasana di bazar Ramadan, orang ramai tdk melepaskan peluang utk membeli juadah berbuka puasa termasuklah penulis.

Hidangan pelbagai jenis juadah, aroma ayam golek bukan main menusuk hidung, kuih muih beraneka rasa, deretan balang air bermacam-macam jenis & warna, membuatkan penulis telan air liur.

Ikutkan nafsu mahu beli semua tapi fikirkan akan berlaku pembaziran, hasrat terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, ada terdengar cerita kurang enak sampai di telinga penulis apabila beberapa pembeli mengeluh juadah yg dibeli di bazar Ramadan terlalu mahal selain kurang enak tatkala dijamah.

Ada juga ayam masak merah yg dibeli utk juadah berbuka itu telah basi & didakwa peniaga ‘recycle’ ayam goreng utk dijual semula pada keesokan harinya hingga pembeli mengalami keracunan makanan.

Perkara sama juga berlaku di Kuala Terengganu, di mana dua adik beradik telah cirit-birit selepas dikatakan makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan.Akibatnya, mereka dihantar ke zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) namun keadaannya dikatakan telah stabil.

Terdapat pelbagai bahaya menanti sekiranya seseorang itu termakan makanan yg sudah basi & tercemar dengan bakteria seperti salmonella.

Pengalaman penulis membeli kuih di bazar Ramadan juga menghampakan apabila peniaga telah ‘scam’ penulis dengan menjual popia berintikan taugeh yg sudah rosak.Harga pula RM5, dalam bekas terdapat lima biji kuih popia dengan saiz kecil. Kalau beginilah sikap peniaga, ibarat kata netizen, boleh pergi umrah balik hari.

Tetapi penulis tekankan, tak semua peniaga berbuat demikian, hanya segelintir sahaja.Bila menyentuh soal harga barang, kerajaan mengakui agak sukar utk mengawal harga makanan yg telah dimasak berbanding barangan mentah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyatakan tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini.Beliau berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) utk tindakan.

SHAH ALAM 17 MEI 2018. Peniaga Nasi Lauk Negeri Sembilan, Sharif Abdullah Sanik 38 (kiri) melayan pengunjung yg hadir utk mendapatkan juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa ketika berniaga di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Walaupun begitu, peniaga tdk boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati & jangan ambil peluang mengaut keuntungan yg tdk berpatutan hingga merugikan pembeli terutama apabila menerima makanan sudah basi & rosak.Peniaga atau penjual perlu mengambil kira keberkatan Ramadan, di mana penjual wajib berlaku jujur dalam urusan jual beli.

Bila menyentuh isu kebersihan juadah di bazar, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dikatakan akan membuat pensampelan makanan terutama ke atas makanan berisiko tinggi menyebabkan keracunan bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli.

Perkara ini sebenarnya ditekankan oleh JKNS, namun peniaga tdk mengambil cakna sebaliknya lebih mencari keuntungan semata-mata.

Tindakan itu sudah tentu tdk wajar & ia amalan tdk sihat dalam perniagaan sekali gus menjejaskan peniaga lain.Dalam usaha melariskan jualan & mengejar keuntungan, peniaga tdk harus menipu atau menganiaya orang ramai.

Sememangnya, kebenaran membuka bazar Ramadan di seluruh negara sedikit sebanyak dapat membantu peniaga yg terjejas pendapatan sebelum ini bangkit semula tetapi biar berpada.

Nasihat kepada pembeli, lebih berhati-hati ketika membeli juadah yg dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan & kena scam.Penulis ingatkan kepada peniaga, berlaku jujurlah dalam jual beli agar keuntungan itu bukan sahaja dinikmati di dunia ini tetapi dirasai juga di akhirat nanti k3rana tiada siapa tahu, mungkin tahun ini Ramadan terakhir buat diri kita.

sumber : sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.